Thursday, May 29, 2008

Kak Senah yang DIVA...

Gambar berdua takde... Gambar ni pun jadi la... TQ Kak Posh sebab sudi datang rumah adik jauh2 masa Majlis Persandingan tahun lepas...

Bergambar dengan adik & kakak yang paling rapat dalam KLfm.. Adik dah pegi, skarang kakak pulak nak ikut... Saya??? Ehm...

Salam... Hari ni 29 Mei 2008. Ada lagi 2 hari lagi nak melangkah ke bulan Jun. Paling tepat ada satu hari bekerja lagi untuk bulan ni. Bermakna, saya punya satu hari lagi untuk bermesra dengan wanita ini...

Pertama kali bertemu beliau, saya rasa gerun juga nak berbual dengan beliau. Dari air mukanya yang nampak garang, dengar jugak ke"garang"annya kadang2 di udara, membuatkan saya agak "lewat" mengenali wanita ini luar dan dalam. Apatah lagi sewaktu mula saya bertugas di KLfm, saya diletakkan di bawah pengawasan Kak Preimah, jadi, tak la berapa rapat dengan beliau. Di tambah pula sewaktu saya mula2 melapor diri di KLfm, beliau bercuti panjang kerana sakit... Jadi, peluang untuk berkenalan lebih dekat tidak pernah ada.

Tapi, apabila saya duduk di tempat kak Azizah Mat Isa yang berpindah ke JAKIM, boleh kata setiap hari saya bersetentang dengan beliau dan saya semakin mengenali wanita ini... Saya rasa, sedikit sebanyak, saya ada beberapa persamaan dengan wanita ini. Bila saya merasai wujudnya persamaan itu, saya semakin serasi dengan wanita ini... Setiap hari bergosip bersama, dalam hati pernah terdetik, "Boleh tahan jugak akak kita ni".... Bila bersama2 dengan beliau, saya benar2 merasai yang saya punya "kak long", because i don't have one, rasa sangat tali persaudaraan & kemesraan umpama adik-beradik...

Sayangnya, walaupun beliau sudah lama berkhidmat di KLfm, jodoh kami berdua tak la selama itu... Apapun, pemergian beliau over the sea, sudah rezeki beliau untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dari sekarang, memang bersesuaian dengan khidmat beliau bertahun2 lamanya di RTM... Memang benar kata orang, semua benda dalam dunia ini tidak pernah akan kekal kecuali Yang Maha Esa... Setiap sesuatu itu pasti akan berubah, ada kepada tiada, tiada kepada ada...

Untuk Kak Fauziah Zakaria, selamat bertugas di tempat baru dan tahniah atas lantikan kenaikan pangkat tu... Kalau kami ke Miri, ada la tempat yang kami nak tuju...;-)

Wednesday, May 28, 2008

6 bulan

Sayang pulak silau cahaya matahari kat belakang tu... Boleh pulak Afiq posing cam tu...Heheh..


Afiq dah siap nak gi keje nih... Ibu & abah lambat sangat la... Boring dah nih...


Tu lah Afiq. Kalau kata nak amik gambar je, mula la dia bukak mata dia luas2... Takut terkelip dek flash kamera kot... :-)

Ha.... ngumpat Afiq la tu...


Salam semua... Lama dah tak coret2 sesuatu kat dalam blog ni. Selain sibuk dengan kerja2 pejabat & konti, sibuk juga melayan karenah si kecik Afiq yang dah pun menjangkau usia 6 bulan 4 hari pada hari ni.

Baru lepas bengkel pemantapan siaran KLfm 2 hari yang lalu, banyak juga perubahan yang bakal berlaku dalam siaran KLfm bermula 1 Julai nanti. Selain pening dengan tugas2 yang sedia ada, kena jugak bersedia dengan perubahan program2 di KLfm tu. Saya takkan lagi menjadi "taukeh carta" (selalu kena kejar dengan PR2 syarikat rakaman ni... selamat skit...;-)). Tugas lebih besar menanti. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi penerbit segmen Nadi Kota dari hari Isnin hingga Ahad....pergh... berat jugak tu sebab banyak slot dalam Nadi Kota tu... dengan JPJnya, DBKLnya, PIKA (program inovasi khidmat awam) dan bla bla bla lagi slot baru yang akan menghiasi Nadi Kota tu...

Itu citer pasal kerja... Ada orang kata, keje DJ ni senang... Cakap cakap cakap kat konti, pas tu boleh cau balik... SALAH tu.... Belakang tabir tu lagi banyak cekadaknya... Apapun, biar kalut belakang tabir, jangan kalut ON AIR...

Nak citer pasal si kecik Afiq pulak. Skarang dia dah semakin nakal. Dah kenal orang. Nenek datang dari JB pun bila kena tinggal dengan ibu dia terjerit2 carik ibu... Kalau tidur dah taknak dalam buai. Nak tidur atas katil queen size tu. Boleh pusing2, boleh golek2. Yang paling penting, mesti ada abah @ paling afdal mesti ada ibu baring kat sebelah. Tak payah tepuk2 pun tak pe. Asalkan Afiq dapat pegang muka abah @ ibu sambil isap puting. Bila dia nampak mata ibu @ abah belum "tidur" lagi, mata dia pun bulat jugak walaupun memang dah bulat. Jadi, abah & ibu kena "buat2 tidur".... Akhirnya, dengan ibu abah tidur sekali dengan Afiq...

Yang bagusnya Afiq ni, walaupun siang dia tidur sekejap2, bila bab tidur malam, dia akan tidur dari pukul 9 malam sampai pukul 7.30 pagi. Takde nak merengek taknak tidur. Kalau nak susu pun, dia akan terpusing2 ke kiri & ke kanan macam orang gelisah... Ha, tu la tandanya Afiq nak susu. Sumbat susu 2 oz, Afiq akan tidur balik. Tak payah susah2 nak dodoikan dia... Dia kan betul2 bukak mata bila tiba2 tengah malam dia "buat kuih"... Kadang2, nak tunggu Afiq "siap", ibu tertidur... Yang pelik tu, bila Afiq dah siap "buat kuih", dia boleh tidur balik tu... Ish Ish Ish.... Lain pesen pulak Afiq nih...

Paling seronok bila dengar Afiq terjerit2 ketawa bila abah menyanyi kuat2.. Seronok benor bunyinya... Apapun, bila 8jam tak jumpa Afiq, dah gelisah nak balik... Rindu dengan gelak tawanya... Saaayaaang Afiq....

Thursday, May 22, 2008

5 bulan 22 hari


Sekarang, kalau cakap dengan Afiq nak amik gambar, dia akan beliakkan mata dia luas2... ehm... tau la mata tu dah bulat, jangan ler bagi bulat lagik... ;-)

;;