Friday, December 7, 2007

44 hari...

Hola... Kembali bersama Mimie Walla dalam blog yang tak seberapa nih. Hari ni hari ke 13 saya berpantang seiring dengan usia Afiq... Rupanya, berpantang bukan sahaja nak cantikkan badan balik, tapi berpantang sebab Afiq menyusu badan, kalau ibunya silap makan, Afiq rasa susu badan tak sedap la, berak2 la kembung perut la dan macam2 lagi... Ehm, sedap tak sedap, kenalah saya makan apa sahaja yang dinasihatkan oleh mak...


Masa ngandung dulu, ye2 je nak makan jamu supaya cepat pulih & cantik. Tapi bila makan ikut dos yang disarankan dalam kotak tu, kesian pulak dekat Afiq buang2 air besar sampai pijar2 punggung dia. Atas nasihat sorang kawan yang datang melawat hari tu, saya terpaksa kurangkan pengambilan jamu tu, daripada 10 biji sehari pagi dan petang kepada 6 biji sehari...

Sepanjang saya menerima kehadiran Afiq ni, ramai jugaklah kawan2 & pendengar2 Johor fm datang melawat kami. Masa kat wad dulu, "Kawan Johor fm" - Sofi Ceria, Ikan Todak & April sekeluarga datang melawat kami. Dah balik rumah, sahabat2 lama dari RTM Johor pula datang melawat kami di rumah. Tak kurang juga pakcik sebelah mak yang duduk di taman bersebelahan juga datang melawat kami...

Mungkin sudah rezeki Afiq, pada 28hb November yang lalu, genap 4 hari dalam berpantang, saya terpaksa menghadiri ujian amali untuk kelayakan ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B41. Untuk pengetahuan u all, skarang ni, jawatan saya Gred 27. Maknanya, kalau saya berjaya dalam ujian ini, saya akan dinaikkan pangkat ke Gred 41... Alhamdulillah...

Sebenarnya, tarikh ujian amali tu pada 26hb November di IPTAR Angkasapuri, KL. Oleh sebab saya baru lepas bersalin, saya dah pun menghubungi pihak SPA untuk bertanya, adakah saya mendapat pengecualian daripada menghadiri ujian tu. Malangnya, pihak SPA memberitahu, jika saya tidak hadir dalam ujian tersebut, maka keputusan peperiksaan bertulis yang pertama dikira terbatal dan saya dikehendaki menduduki ujian bertulis semula pada tahun hadapan jika berhajat nak dapatkan jawatan Gred 41 tu...

"Mana boleh?" dalam hati saya berkata... Then, saya minta untuk bertukar pusat ujian... Alhamdulillah, saya dibenarkan untuk menukar pusat ujian ke RTMJB pada 28hb November... Tiba hari yang dinantikan, rakan2 lama di RTMJB semua terkejut melihat keadaan saya yang walaupun dalam hari tapi terpaksa datang jugak ke ujian amali tersebut... Mak menghantar saya di RTMJB dan terpaksa membawa Afiq sekali sebab abang tak dapat menghantar saya ke sana kerana tugas... Mak memberitahu, sepanjang ibunya sedang berujian, Afiq sedikit pun tidak meragam, hanya terlena di dalam kereta. Kawan2 lama yang menjengah Afiq di dalam kereta ramai yang berkata "Baik betul budak ni".... Alhamdulillah, mudah2an bukan doa ibunya saja bahkan doa rakan2 yang lain akan membentuk Afiq menjadi budak yang baik....Apapun, jika ada rezeki Afiq, Insya Allah, adalah jawatan Gred 41 tu untuk saya...

Orang kata, dalam berpantang ni, ibu2 yang baru lepas bersalin kena menjaga emosi supaya tak datang angin meroyan.... Rupanya, memang benar, sepanjang dalam berpantang ni, ada pulak orang ketiga yang cuba nak meruntuhkan rumah tangga kami dengan menyerang saya bertubi2 dengan SMS berbaur fitnah mengatakan abang itu ini.... Sekadar untuk mengelirukan saya yang dalam hari.... tapi Alhamdulillah, berkat doa, kekuatan & keyakinan diri, ditambah sokongan seorang suami yang benar2 memahami, saya dapat menangkis kemurungan daripada merajai minda & hati...

Inilah pengorbanan seorang wanita bergelar ibu & isteri... Dulu, hanya menganggap dogengan sebuah drama swasta. Sekarang, setelah melalui, barulah memahami kenapa wanita letaknya berkedudukan tinggi dalam agama... So, selagi ada ibu, sayangi & berbaktilah kepada mereka. Selagi ada saudara perempuan, berilah perhatian yang secukupnya. Selagi ada isteri, hargailah segala pengorbanan mereka. Selagi ada anak perempuan, didiklah mereka menjadi orang yang berguna....

Ops... tugas seorang ibu dah ada. Kenalah saya beredar daripada menaip dalam blog ni bila Afiq mula bersuara... Sampai kita berbicara lagi... Cau cendolll....

5 Comments:

  1. black_canary said...
    Bukan senang nak menjadi seorang ibu...tetapi anak ini adalah anugerah Illahi, walau sepenat mana pun kita,semarah mana pun kita, bila tengok anak..pasti sejuk hati kita...
    Tapi nasihat aku cuma satu sahaja..akan terdapat sekelumit rasa hati suami yg akan terasa seperti dipinggirkan, so pandai-pandailah mengatasinya.
    black_canary said...
    sorry sambung sikit...sbb teringat masa my wife dlm pantang..terpaksa pergi ke langkawi sbb kursus wajib utk pengesahan jawatan di LPPKN (walaupun my wife masa kat HTAR dah pernah buat)..kalau tak buat..so kena tunggu satu tahun lagi..so tinggallah si Daniel dgn Atuk dan Uci nya di Ipoh..
    tapi betul jugak u cakap..dari Gred 27 meloncat ke Gred 41 tu besar tu..mesti banyak kenaikan kalau lulus (mungkin itu rejeki anak kot..)
    Lagi satu..jangan percaya dengan apa org cakap..perkahwinan ialah atas dasar kita percaya dia boleh menjaga kita..
    Anonymous said...
    tq atas komen2 u tu... semakin hari, semakin banyak yang perlu dipelajari & cabaran yang datang... kena sabar & tahu macam mana nak handle problem2 tu... ;-)
    zorrokantoi said...
    salam mimie. pengorbanan ibu memang besar. semua orang akan mengalami pengalaman berpisah dengan anak. pengalaman kami
    1. semasa mendapat anak pertama, saya bertugas di KL sementara isteri di kota bahru. jadi hampir tiap 2 minggu (hampir 2 tahun) saya ke KB atau pun isteri dan anak akan ke KL. untuk memudahkan kami, di KB kami sewa rumah berhampiran lapangan terbang pengkalan cepa.
    2. semasa mendapat anak kedua, saya bertugas di glasgow, scotland sementara isteri di KL. Hampir setiap 4 atau 5 bulan selama hampir 2 tahun saya kembali ke KL (kalau saya sibuk isteri dan anak anak akan ke Glasgow).
    3. kami mendapat nak ketiga setelah isteri saya join saya di glasgow (setelah cuti tanpa gaji beliau diluluskan) 2 tahun kemudian. atas desakan keluarga mertua di JB, mereka meminta untuk menjaga anak ketiga kami di JB. jadi terpaksalah pula isteri saya berulang alik dari glasgow ke JB setiap 3 bulan.
    Anonymous said...
    bimmer553... setiap orang ada cerita masing2. mungkin desakan zaman sekarang, suami isteri tak tinggal serumah. bukan sebab nak berpisah, tetapi atas desakan tugas demi sesuap nasi... saya berharap anak2 saya kenal ibu dan abahnya, walaupun ditakdirkan jarang bersua muka... amin...

Post a Comment