Wednesday, August 18, 2010
Salam.. Datang kembali bulan Ramadhan Al-Mubarak, penghulu segala bulan yg memberi peluang dan kesempatan kepada semua umat Islam meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT, sementelah syaitan2 yg direjam dirantai selama sebulan. Inilah masanya umat Islam bergelut dengan nafsu dan gerak hati sendiri dalam menjalani ibadah puasa selain menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.
Walau bagaimanapun, masih ada segelintir masyarakat yg kurang prihatin, dalam bulan yg mulia ini, macam2 cerita yg kita baca di dada2 akhbar.. Kes pembuangan bayi, dadah, bunuh, simbah asid dan sebagainya yg mencerminkan keruntuhan moral di kalangan masyarakat terutamanya golongan melayu yg umum tahu, mereka adalah ISLAM!
Sedih.. sayu.. Itulah yg dapat dirasakan, apabila saban hari ada sahaja kes2 pembuangan bayi, apatah lagi tiap kali membaca kes2 pembuangan bayi tersebut, saya terbayang wajah2 2 hero di rumah tu, yg orang keliling dok panggil depa Upin Ipin sebab memang saling tak tumpah macam watak kartun popular tu.
Memanglah sewaktu mereka bayi, belum pandai apa2, i.e berguling, merangkak, berjalan dan seterusnya berlari, memang renyah nak menguruskan mereka. Tapi itu hanya sementara. Pejam celik pejam celik, adik Arif dah pun berusia setahun 4 bulan. Rasa macam baru semalam cek air kencing positif mengandung kali kedua.. Cepat betul masa berlalu...
Utk ibu bapak yg tak PRIHATIN tu, bila umur anak2 ni dah menjangkau setahun, masa inilah seronok menggeletek mereka, lihat mereka terkekek2 ketawa, keletah mereka sewaktu kita pulang dari tempat kerja, menjerit dan berlari mendapatkan kita bagai bertahun tak jumpa!
Apabila umur mereka dah masuk 2 tahun, ke 3 tahun seperti abang Afiq, letih melayan mereka bercakap pulak.. Tapi gelagat mereka sangat menghiburkan. Bila seharian di tempat kerja, rasa rindu nak segera pulang ke rumah melayan karenah mereka.
Diari rutin Afiq & Arif seharian, selain bermain bersama kawan2 seusia mereka, mereka juga gemar menonton kartun Upin Ipin dan Ultraman di Youtube.. Itulah yg sering mereka minta hari2..
Apapun, anak2 inilah yg menjadi penyeri hidup kita, pembawa rezeki untuk keluarga dan akan membela nasib kita bila kita tua kelak.. Tanpa mereka, apalah harta yg akan kita bawa apabila kita mati... Adakah bayi2 yg terbuang itu akan memberikan doa kesejahteraan di kubur bagi ibu bapak yg membuang mereka dulu???? Fikir2kanlah dan selamat beramal!
Thursday, August 5, 2010
Minggu lalu, dalam kesibukan Mini Showcase di Penjara Kajang & Rakaman Hari Raya bersama anggota2 Jabatan Penjara Kajang, sempat juga saya pulang ke kampung. Saya hanya dapat menyertai Mini Showcase di dalam Penjara Kajang sahaja. Pengalaman pertama memasuki kawasan penjara, sudah tentu rasa ngeri, takut, nervous, semuanya ada, apatah lagi saya antara DJ yg akan membuat persembahan dgn 1 nyanyian solo.
Pagi sebelum showcase itu, saya membawa Afiq & Arif ke pejabat untuk membuat sedikit persiapan menjelang mini showcase di Penjara Kajang petang tersebut. Sambil2 membiarkan mereka bermain di meja sebelah (dah tentu meja Julia), saya menyiapkan skrip untuk pengacara utk showcase tersebut.
Rasa mengantuk dan letih masih terasa, apatah lagi malam sebelum itu, kami menyiapkan recording nyanyian utk rakan2 yg akan membuat persembahan pada hari Sabtu itu. Balik dari recording pun dah jam 3 pagi...
Selesai tugas di pejabat, saya membawa Afiq & Arif pulang ke rumah, untuk dijaga oleh Mr. Hubby, maklumlah, Mama Nek, Mak Su & Cik Su dah pun pulang ke kampung menaiki bas malam kelmarin, sebelum kami ke recording nyanyian... Tak sempat menjamah sebarang hidangan sarapan mahupun tengah hari, saya terus menyiapkan diri & memandu dari rumah ke Penjara Kajang.
Dalam fikiran, once memasuki pintu masuk Penjara Kajang tu, terus jumpa sel2 banduan, tapi tidak... Luas juga kawasan penjara tu, menempatkan pegawai2 penjara & keluarga mereka, siap dgn sekolah dan sebagainya utk kemudahan warga penjara.
Kami, rombongan dari KLfm termasuk artis2 yg kami jemput, iaitu Uncle J Sham, Ezlynn, Ernie Bintang RTM 2009, Soo Winci (Miss Malaysia 2009) dan Jay Jay dikumpulkan dalam 1 bilik sebelum semuanya dibenarkan masuk ke dalam penjara. Telefon bimbit, kamera, dompet, semuanya tidak dibenarkan dibawa bersama, hanya yg berkasut sahaja dibenarkan masuk dan pemeriksaan keselamatan di badan juga diperiksa, takut ada apa2 yg dibawa masuk. Perhiasan badan yg berbentuk metal juga tak dibenarkan dibawa masuk.
Setibanya rombongan kami di dalam penjara, kami disambut oleh kumpulan kompang para banduan. Mata sempat melirik ke tingkat atas salah satu blok yg terdapat di situ. Terlihat ada mata yg mengintai menerusi tingkap sel, memerhatikan kami yg berjalan menuju ke padang di dalam penjara tersebut. Mungkin ada antara banduan yg tidak dibenarkan menyaksikan persembahan kami.
Berbual dengan salah seorang pegawai penjara di situ, ada 2 blok yg penghuninya tidak dibenarkan keluar, iaitu banduan2 yg menghidap HIV dan yg sedang menunggu hukuman gantung. Selebihnya, yg mempunyai kesalahan merogol, mencuri dan lain2 jenayah sudahpun berhimpun di tengah2 padang menanti kehadiran kami.
Melintasi pagar berduri yg memisahkan antara lorong pejalan kaki & padang, banduan2 bersorak gembira apabila rombongan kami tiba. Dada saya berombak laju, apatah lagi saya akan membuat persembahan di hadapan ribuan banduan yg kebanyakkannya mempunyai kesalahan merogol... huhuhu..
Sepanjang Mini Showcase KLfm di dalam penjara, banduan2 yg menonton semuanya bersorak riang, apatah lagi bagi banduan yg beruniform biru yg bertahun2 duduk di dalam sel, tidak dapat menonton sebarang acara hiburan. Bagi kami yg ditempatkan di khemah yg jauh daripada banduan2 tersebut, rasa takut tu tak berapa terasa sangat tapi bagi abang2 Unit Siaran Luar yg mengendalikan audio & DJ Paparay yg menjaga teknikal dan selaku penerbit merasa seram sejuk kerana mereka hanya dikawal oleh 5 orang pegawai penjara dan selebihnya, mereka berkongsi khemah dengan banduan2 yg bermacam2 rupa.. (macam jumpa hantu pulak!)
Usai acara, hampir keseluruhan abang teknikal demam, termasuklah beberapa orang DJ KLfm yg turut kurang sihat. Orang kata, kalau tak "kuat" masuk penjara tu, boleh demam dibuatnya... Banyak pengalaman yg ditimba sepanjang berada di dalam penjara tersebut, membuatkan kita insaf buat seketika, apatah lagi menerima tepukan & sorakan paling meriah sepanjang mengadakan persembahan2 luar dan juga menerima ucapan "Terima kasih KLfm!!!" oleh warga banduan yg menonton persembahan kami. Rasa sayu tiba2 apabila nak meninggalkan mereka, bukan kerana mereka memberikan penghargaan sebegitu, kerana kesilapan yg mereka lakukan, hingga menjebakkan mereka ke dalam sel yg gelap, sempit dan berlorong panjang.. (saya sempat menjeling ke arah blok aras bawah yg terbuka pintunya...
Semoga Allah membuka luas pintu hati mereka untuk terus bertaubat dari melakukan maksiat & jenayah dan semoga apa yg telah mereka lalui menjadi pengajaran dan ikhtibar buat diri mereka & orang lain.. Amin...