Tuesday, February 16, 2010

Sebelum breakfast, kita amik gambar dulu...

Orang makan kuih, abang buat kuih.. Pas tu sengeh2.. Eiiii...



Ehm.. Sedapnya...



Nice pics taken by Aen...

Abang tertidur keletihan.. Sian dia..

"Bu! Banyaknye ikan!"

Amik gambar bang.. Senyummmm...

Yea haaa...

Sementara tunggu Cik Aen cucuk tembok, kita naik car ramai2...


Abang di dalam kereta trolinya..

Taken by Aen di Dataran Pahlawan..

Abang di Sungai Melaka...

"Bu! A--ir!!!"



Taken by Aen..


Abang beca, Abang beca di tengah jalan, Jalan2 untuk mencari belacan...

Penat sambutan Hari Wilayah belum betul2 pulih, dapat pula tugas ke Program Gegau 1 Malaysia di Pantai Klebang, Melaka Bandaraya Bersejarah. Sebenarnya, saya mengikut Aen Raen & ditugaskan ke situ, sebagai peneman dia memandu. Saya bawa sekali Abang Afiq, sebab lebih mudah membawanya sambil berkerja berbanding adik Arif...

Kami bertolak ke Melaka pada 4hb Februari, selepas saya selesai membawa adik Arif ke HKL untuk follow up birth mark nya.. Saya terus pulang ke Putrajaya, menghantar Arif pulang dan mengambil Afiq pula untuk ke Melaka. Kami terus menghala ke Pantai Klebang, tempat program tersebut diadakan. Mak aiiii, keadaan trafik sangat2 sesak, sudahlah rakyat Melaka termasuk orang2 Muar sama2 turun ke sana, laluannya pula hanya 1 lorong, memang trafik sangat2 perlahan... Sambil2 terperangkap dalam kesesakan jalan raya, kami mendengar stesen radio adik beradik kami iaitu Melaka FM untuk mendapatkan sebarang laporan terkini di tapak pesta.

Menurut rakan dari Melaka, Pantai Klebang seluas 12 buah padang bola itu sedang dibangunkan untuk menjadi kawasan pelancongan, domestik & komersil seperti Teluk Danga yg terdapat di Johor Bahru. Dengan kehadiran lebih 68ribu pengunjung yg datang pada malam tersebut, kami adalah di antara pengunjung yg memecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk makan malam secara duduk paling ramai.... Program dirasmikan oleh PM, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, turut dihadiri oleh menteri dan kenamaan dari Melaka.. Memang sangat meriah... Tak terasa pun keletihan duduk di dalam kenderaan lebih 5 jam..

Pulang ke bandar Melaka, kami check in di Hotel Equatorial, perut dan tekak terasa lapar dan dahaga, saya & Aen keluar mencari supper awal pagi tersebut. Cuma kesian pada Afiq yg memang sudah sangat keletihan, sampai mengamuk2 di kedai kopitiam yg kami duduk awal pagi tu.. "OKlah bang, kita balik bilik la ye..", pujuk Cik Aen yg tak tahan dengan rengekan Afiq.. Ehm, tu baru anak orang, belum anak sendiri lagi..hehehe..

Keesokan paginya, selepas kami bersarapan di hotel, saya & Aen menemani Afiq ke swimming pool yg sangat cantik di hotel tu. Puas mandi manda, Afiq tertidur keletihan.. Aen??? Apa lagi, join Afiq berlayar lah..hahaha.. Saya??? Layan TV1 yg tak berapa nak clear kat hotel tu.. Ntah nape tak dapat tidur.. Pasal citer kat TV1 tu best lar.. kalau tak best, dah lama saya "join the club"!

Bila dah menginjak waktu tengahari, barulah terasa lapar, kami check out & menghabiskan wang saku yg tak berapa nak banyak di Dataran Pahlawan.. Dah lama tak ke Melaka, apatah lagi orang pompuan ni memang pantang nampak tempat shopping. Yelah, balik2 Mid Valley, sampai segala barang dlm tu pun naik muak kami tengok, takde yg berkenan langsung. Dapat shopping kat Dataran Pahlawan, variety kasut2 & baju sgtlah memukau mata memandang..hehehe.. ayat2 orang nak menghabiskan duit! Mati aku kalau laki dapat tau ni.. hehehe..

5 jam di Dataran Pahlawan, sampai Afiq dah mengamuk, ibu aku ni tak reti2 ke nak kuar dari tempat tu.. Dia pun naik rimas naik kereta troli tu... Kami ke Stadhuys pulak... Konon2 nak minum cendol, tapi amik2 gambar dulu la. Pas tu, nak carik belacan, kalau jalan kaki memang letih la, so ada sorang pakcik ni meng"offer" diri untuk naikkan kami beca dengan berbayar... Dapat beli belacan, Afiq mintak bola sebijik, dapat juga saya belikan Afiq & Arif baju sepasang...

Kembali ke bangunan Stadhuys, yg kononnya mula2 nak pekena cendol, sudahnya, kedai cendol pun dah nak tutup.. Punyalah hampa, datang jauh2 dari KL tak dapat pekena cendol Melaka pulak..hehehe... Berakhirlah journey kami ke Melaka bila Aen menghantar saya dan Afiq pulang ke Putrajaya jam 9 malam yg keadaannya gelap gelita akibat disambar petir siang tadi... Nasib baik lif berfungsi, kalau tak jenuh juga nak membawa barang2 naik ke tingkat 8... Alhamdulillah, selesai dah satu lagi kerja..

31 Januari & 1 Februari 2010

Salam.. Lama dah tak jenguk blog ni, maklumlah, sejak ada fesbuk ni, bila dah upload gambar, citer lebih kurang, cukuplah tu. Tapi rasa bersalah pulak bila tak update blog rasmi DJ2 KLfm ni.. So, tanpa gambar, saya rasa untuk entry ni kira ok kot? Hehehe..

Pada malam sebelum 31 Januari yg lalu, saya terima SMS daripada Hezry, ajak saya ke Majlis Pelancaran Pasar Tani Siswazah di Taman Billion Mewah, Gombak. Actually, program tu last minit pihak FAMA jemput Hezry, sebab mengikut perancangan awal, kami sangat sibuk di Dataran Merdeka kerana Festival Hari Wilayah ke 36. Tambahan pula, pihak FAMA sendiri telah assign seorang DJ dan seorang Emcee untuk program dan majlis tersebut.

Mungkin pihak FAMA sendiri tahu, DJ2 KLfm yg berwibawa (ehem..ehem..) untuk mengendalikan program sama ada berbentuk formal mahupun tidak, mereka meminta jasa baik Hezry untuk datang memeriahkan suasana dan Hezry pula mengajak saya untuk berduet dengannya pada hari tersebut... Lalu, pepagi bute lagi, sebelum matahari naik. saya & hubby keluar dari rumah di Putrajaya & berjanji dgn Hezry di RTM untuk pergi bersama2...

Jam 7 pagi kami dah tercongok kat tapak pasar tani, memang meriah, apatah lagi "orang besar" dan ternama nak datang merasmikan, iaitu Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Mohd Noh bin Hj Omar. Tak lupa juga, Zehra Zambri juga sudi menghiburkan para pengunjung walaupun cuaca panas terik...

Selesai program jam 1 tengahari, kami bergegas ke Dataran Merdeka pula untuk Sambutan Hari Wilayah ke 36. Dalam perjalanan, sedang Leez bertugas di konti sementara KLfm di Dataran, dia tersilap umum bahawa saya akan meneruskan tugas di konti KLfm pada jam 2 petang, walhal jika ikut jadual, saya mula ditugaskan di konti sementara jam 3 petang.. Apa lagi, Hezry pun memecut Naza Ria nya laju ke Dataran Merdeka. Alhamdulillah, kami sempat tiba sebelum jam 2. Dalam hati saya, bagus juga saya berkurung 3 jam di situ.. Sejuk sikit, dengan alat penghawa dingin, berbanding kawan2 yg terpaksa bertugas di kaunter sahabat & DJ Corner..hehehe.. Sori kengkawans!

Itu baru cerita hari pertama, belum lagi cerita hari ke2. Apapun, keadaan & situasinya sama sahaja, cuma bertugas di kaunter sahabat & DJ Corner, juga mengendalikan kuiz2 & games untuk para pengunjung dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Dan selepas itu, saya & Sonic dipertanggungjawabkan untuk mengacara Mini Konsert Hari Wilayah bersama KLfm & Dunia Herbs..

Pada perancangan awal, kami diberikan 1 pentas kecil di hujung Dataran Merdeka, tetapi saya pelik juga bila rakan2 Pool & teknikal membuat sound check di pentas utama Dataran Merdeka yg besau bagak... Rupa2nya, di situ lah show kami diadakan dan memang ini 1 penghormatan utk saya sendiri, dapat mengacara & menyanyi berduet dgn Sonic di pentas itu dengan lagu popular gandingan Alyah & Riz, "Ku Pinjam Satu Bintang"... Walaupun, suara agak kurang baik, tapi Alhamdulillah, dapat juga saya menggalas cabaran itu..Eceh!!!

Walaupun esoknya saya terpaksa bertugas di konti dengan suara seksi yg sangat "base", saya sangat2 berpuas hati dgn apa yg dapat saya lakukan utk KLfm & juga warga kota... Selama sebulan warga kota menyambut Hari Wilayah (macam raye pulak!), saya mengucapkan, Selamat Hari Wilayah 2010... 1 Wilayah, Maju dan Sejahtera..:-)

;;