Monday, December 28, 2009

4 hari lagi...






Meh layan gambar2 Afiq dan Arif sambil layan dorang main kat balkoni rumah ni.. :-)


Lama dah saya tak jenguk blog saya yang hampir2 bersawang ni. Chat box tu pun saya buka bukan melalui blog ni... Lately, blog ni ada gak "orang2 yg tak diundang" datang menjengah.. Takpe lah, blog ni pun di"create" untuk dijengah oleh semua orang, termasuklah mereka yang saya tak expect untuk menyinggah... It's an open blog that everybody can excess, including drop their comments through my entries or my chat box provided...

Hari ni dah pun 28 Disember 2009, bulan Disember yang banyak cuti untuk orang Malaysia ni, daripada Awal Muharram, Xmas and tahun baharu 2010 yang kebetulan semua jatuh pada hari Jumaat.. Saya rasa, bulan inilah yang dapat saya gunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga, terutamanya anak2. Pergi shopping, bawa mandi kat waterpark, etc... termasuklah lepak2 je kat rumah sambil melayan karenah Afiq yang makin petah bercakap dan Arif yang makin ligat nak belajar bertatih...

4 hari lagi melangkah ke tahun baharu 2010, apa yang anda dapat pada tahun 2009 ni? Bagi saya, AlHamdulillah, semakin berlalu tahun yang sangat2 membosankan + merimaskan + mengharukan dan macam2 lagi. Saya berdoa, moga2 tahun 2010 memberikan saya kegemilangan tak kiralah dalam kerjaya, keluarga mahupun kehidupan dunia dan akhirat... Amin...

0 Comments:

Post a Comment