Tuesday, March 10, 2009

Meet Uncle Sugeevan...










Semalam, ibu, abah, nenek dan Cik Su bawak Afiq jumpa Uncle Sugeevan... Biasalah, kalu jumpa Uncle Sugeevan, gondol la rambut Afiq sekejap. Ni dah 3 kali Afiq meet Uncle Sugeevan, jadi, Afiq dah tak takut lagi.. Masa mula2 jumpa Uncle Sugeevan, Afiq melalak2 bila terasa pencukur rambut uncle tu. Tapi, semalam, Afiq dah tak kisah, siap sengeh2 lagi bila uncle sembur air ke rambut Afiq. Afiq tak kisah pun sebab abah pun sama2 gunting rambut kat kerusi sebelah. Bila uncle dah selesai gunting rambut Afiq, Afiq pun ke hulu ke hilir kedai uncle tu sambil tunggu abah siap gunting rambut... Hensem tak rambut baru Afiq? :-)

Suatu Hari di Kelas....


Ketua Kelas (sebab tuan rumah & selalu marah bila budak2 bising & start menangis tak tentu pasal)... Afiq...


Penolong Ketua Kelas (sebab selalu tolong cikgu kelas letak barang2 balik atas meja)... Aishah..


Bendahari Kelas (sebab suka "kutip" mainan yang dah dimain oleh budak2 lain)... Arissa...


Ketua Kebersihan (sebab dalam ramai2 budak kat dalam kelas, dia tak dibekalkan bedak, losyen mahupun baby oil.. tuala pun pakai tuala papa - besau macam gebau).. Qaira...


Ketua Keceriaan (sebab paling bising sebab suka melalak kuat2 tak pasal2 - kena sawan tangis kot budak ni)... Taufik...


Apa2 pun boleh (sebab paling kecik, blom reti merangkak & slalu ketinggalan ke belakang bila cikgu kelas panggil makan)... Danish...


Inilah antara kawan2 baru Afiq. Afiq jadi ketua kelas sebab bila Taufik & Danish berlawan2 nangis, Afiq akan berdiri sambil menjerit "DIAMLAHHHH!!!".. Gitu la lebih kurang.. Bila budak2 berebut mainan, dia yang akan "rampas" mainan tu daripada dorang. Katanya, "Jangan rebut2, kalu nak berebut, biar aku yg main sorang!"... Agaknyer la...hehehh

Santai di Menara KL






Pada 28hb Februari yang lalu, DJ2 KLfm dijemput untuk mengisi ruang tetamu jemputan untuk program Santai di Menara Kuala Lumpur bersama Hezry. Sesuai dengan tajuk program pada malam tu, DJ Otai (Noramin), DJ Klasik Nasional (Sofia Abdullah) dan DJ Sinar fm (Abby Fana) merupakan tetamu bual bicara selain Ning Baizura sebagai artis yang menghiasi slot pada minggu tersebut.

Memang havoc bila DJ bertemu DJ, selesai acara tepat jam 12 tengah malam, gamat dengan sesi bergambar dan berbual seketika antara DJ2 KLfm dan tetamu2 yang hadir pada malam tu. Sewaktu bergambar dengan Abby Fana, sempat Abby berseloroh bila nampak perut mak buyung ni, "Sape punya angkara ni?" Serta merta saya tunjuk abang yg sedang bersedia nak mengambil gambar kami berdua... :-) Terkekeh2 Abby Fana ketawa... Sebijik macam dalam radio... Gitu lah yang dapat dikatakan tentang DJ yang sorang ni... Apapun, gambar2 di atas untuk tatapan semua pelawat blog ni.. Walla....

Wednesday, February 4, 2009

Hari Wilayah Persekutuan ke 35



Sesi tandatangan sokongan Mini Konsert Dari KL ke Gaza... Tanda prihatin kepada rakyat Palestin.. Sain, jangan tak sain...

Sempat gak berposing untuk Team Salam Interaktif ni. :-)

Abang, DJ Kzie & DJ Hezry dengan aksi masing2 untuk musical chair... Pusing, jangan sampai pening...



Dalam perjalanan ke tempat parkir kereta, kami terjumpa plak "abang kuda".. Selalu jumpa Abang Kan Ada je.. heheh..


Pada 31 Januari dan 1 Februari 2009 yang lalu, KLfm berkampung selama 2 hari dari pagi ke petang untuk Festival Hari Wilayah Persekutuan yang ke 35 di Taman Tasik Titiwangsa. Walaupun cuaca kedua2 hari tu agak tak memuaskan, tapi sambutan tetap meriah bukan sahaja di kalangan sahabat KLfm yang setia sendiri, bahkan daripada warga Wilayah termasuklah warga Selangor dan lain2 yg turut membanjiri lokasi festival tersebut.

Hari pertama di Taman Tasik Titiwangsa, saya bertugas di dalam Konti Sementara secara langsung dari tapak festival bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi .Tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal, saya hanya ke udara dari jam 10.15 pagi hingga jam 11 pagi dan kemudian diambil alih oleh DJ Nia.

Hari kedua pula, saya ditugaskan untuk bertugas "standby" di Konti KLfm di Wisma Radio Angkasapuri dari jam 10 pagi hingga jam 1 tengahari. Tambahan pula, hari tu ada program KL-Jakarta, jadi saya ambil siaran terus dari Taman Tasik Titiwangsa dari jam 10 pagi (sambung tugasan DJ Noreen pagi tu) dan memutuskan siaran dari lokasi festival jam 12.15 tengahari untuk program KL-Jakarta... Selepas berita jam 1 tengahari, Ayahanda Hj. Manan sudah pun bersedia mengambil alih tugasan saya di Wisma Radio. Sejurus itu, saya diambil oleh pemandu RTM yg membawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa jam 2 petang tersebut.

Apapun, terima kasih kepada para sahabat dan pengujung2, tak ketinggalan yg paling penting abang2 dan kakak2 teknikal yg bertungkus lumus menjayakan Festival Hari Wilayah Persekutuan yg ke 35 pada tahun ini.. Selamat Hari Wilayah semua!!!

Jom Pergi Kerja!!!

Sebelum keluar rumah, Afiq nak minum dulu.

"Hello?" kata Afiq bila nampak ibu pegang henfon nak amik gambar dia.. Tu pas keje ibu la Fiq... :-)

Memula Afiq ok je dalam seat tu, lama2 dah tak reti nak duduk diam.. Mula la buat aksi2 merempit dalam seat tu. Walaupun dah diikat pinggang dia, tetap boleh pusing 360° punya...

Dah tu, mula la nak capai segala benda atas dash board tu...

Afiq dah sampai pun PPR Pantai Permai...

Assalamualaikum.. Ibu Ita, Afiq dah sampai ni... Bukak la pintu...

Eh, Afiq dah sampai... Zara tengah tido tu.. Eh, ibu Mimie nak amik gambar kita rupanyer. Ye lah, lepas ni tak tau la bila nak jumpa lagi.. Ye tak?

Ha, macam ni bawak keta senang la sikit. Dah malam sampai umah ni Afiq dah tido dalam keta dulu. Takde la terpusing2 macam siang tadi.


Pada 1 Februari 2009 yang lalu merupakan hari terakhir Afiq dijaga oleh sahabat Erni Deswita dan suaminya KLGCC. Lepas ni, Afiq dok rumah je, nenek plak nak jaga kat rumah. Lagipun, Afiq dah semakin "buas" dok dalam seat kecik Afiq tu. Susah ibu nak pandu kereta bila Afiq dah mula pusing 360°...

Gambar2 di atas ni adalah rutin harian Afiq dan ibu setiap pagi dari Afiq berumur tiga bulan hinggalah Afiq berumur setahun 2 bulan ni. Meh, ikut ibu pergi kerja bersama Afiq.. Walla...

Thursday, January 29, 2009

Cuti Balik Kampung Lagi...

Afiq berposing sebelah "adik".. tapi kena crop la perut ibu tu.. buruk sangat ghupenyer..heheh

Jom balik kampung...

Balik kampung, lepak2 terjumpa plak gambar masa umur 4 tahun ni. Abah Afiq cakap, kalau Afiq dipakaikan macam ni, sebijik macam muka ibu.. :-)


Pada 23hb Januari yang lalu, sejurus selepas tugasan di konti jam 2 petang, saya bergegas pulang ke Johor Bahru. Berjanji dengan family Marma di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, kami bertolak ke Johor Bahru jam 3.30 petang. Singgah di Pagoh untuk solat jamak dan membeli sedikit buah tangan untuk mak dan abah, kami tiba di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram jam 7.50 malam.

Sampai di kampung, rumah kami dah pun dipenuhi oleh saudara mara yang datang kerana sama2 bergotong royong untuk majlis perkahwinan sepupu saya, Along Ayu pada keesokkan harinya di rumah Tok Ne yang hanya lat 8 buah rumah sahaja daripada rumah mak abah.

Majlis pernikahan yg diadakan pagi Sabtu, 24hb Januari itu berjalan lancar. Cuma keadaan kesihatan kami anak beranak tidak berapa memuaskan. Saya, Afiq, Marma dan Shukri diserang batuk dan selsema yg agak kronik. Yang paling kronik, Afiq la, sampaikan tak lalu makan & muntah2 selepas diberi susu. Iyelah, hanya susu yg menyelerakan Afiq masa tu, tapi dia muntah balik la pulak...

Sudahnya, kami 2 family ke klinik berdekatan yang ramainya... kuss semangat... Terpaksa menunggu giliran untuk diperiksa pada malam tu. Balik rumah pun hampir jam 11.15 malam... Pada hari Isnin, 26hb Januari, sewaktu masyarakat Cina sedang sibuk menyambut Perayaan Tahun Baharu Cina, kami dan keluarga sebelah abah berkonvoi ke Melaka untuk menghantar pengantin ke majlis bertandang di pihak lelaki pula.

Setelah selesai majlis bertandang, kami semua berpecah kepada 2 kumpulan, sebahagiannya pulang ke Johor Bahru manakala saya, Marma sekeluarga, termasuk mak, abah, Didie dan Nyai ke Kuala Lumpur. Ellie (adik bungsu saya) terpaksa pulang ke Johor Bahru kerana membawa ibu bapa pengantin perempuan. Keluarga besar Hj Mohd Yusof ni pun kalau nak ke mana2 kena konvoi 3 kereta... :-)

Tiba di rumah Marma di BB Bangi jam 3.30 petang. Semua pakat2 lepak & tidur tapi Afiq sibuk menyorong kereta mainan milik Shukri & Hakimi. Tunggu punya tunggu, abang sampai untuk mengambil saya dan Afiq pulang jam 5.30 petang. Abang tak pulang ke kampung tempoh hari sebab ada urusan lain. Ingatkan terus pulang ke rumah di Putrajaya tetapi kami terus ke Pantai Dalam, minum2 dengan Abang Kajang Berlipat dan Kak Sal Bangi yang sudahpun menunggu kami di sana.

Malam itu, DJ Kzie membawa kami semua makan2 di Danau Kota. Berakhirnya malam itu, apabila kami pulang ke Putrajaya jam 11.30 malam... Fuh... Letihnya!!!


Wednesday, January 21, 2009

Hujung Minggu Nan Indah...

Jom jalan! Afiq dah nak start keta ni tapi ibu letak Afiq kat seat sebelah plak! Ish ish ish..

Afiq khusyuk tengok abah main futsal. Go abah! Go abah!

Dah sampai Genting dah... Dok dalam keta dulu... Sejuk nih...

Afiq boring dok sorang2 dalam keta, ibu bawak kuar.. Sudahnya, tergetik2 Afiq kesejukan... heheh.. :)

Tengoklah crowd dalam Arena of Stars ni... Ni tak dapat amik full house.. Penuh tuuuu...




Nilah antara persembahan yg disajikan oleh warga kerja Ai FM untuk Pesta Hong Bao 2009.

Afiq baru lepas mandi. Bedak pun tak hilang lagi. Tapi kuar bilik je confirm bedak hilang.. :)


Suka Afiq bila naik rain deer... Nasib Afiq belum tau gayat lagi. Steady je, siap boleh goyang2 kaki. Ibu & abah plak yg gayat naik rain deer tu... :)


Memula naik Ferris Wheel Afiq senyap je, ingatkan Afiq gayat... rupanyer...

...rupanyer, Afiq ngantuk.. Baru 3 round Afiq dah lentok... Hampeh..

Sabtu lalu, 17 Januari 2009, KLfm berada di Gelanggang Total Futsal, Pandan Perdana sempena perlawanan persahabatan futsal dengan Kelab Kucing Malaysia. Team wanita yg bermain tak cukup korum terpaksa menyerah kalah kepada team wanita KKM 0-5 tetapi berlainan pula dengan team lelaki yg berhempas pulas untuk mengalahkan team KKM tetapi terpaksa akur dengan gol 8-9...

Selepas penat bermain futsal, saya sekeluarga bersama2 DJ Aenraen & Abang Roslan (pemandu RTM) ke Genting Highland, wakil KLfm untuk menyaksikan konsert anjuran rakan stesen radio Ai FM sempena Tahun Baru Cina yg bakal menjelang pada malam itu.

Setibanya di Genting jam 7.45mlm, kami terus check in hotel sebelum keluar semula ke Arena of Stars untuk menyaksikan Pesta Hong Bao Ai FM 2009. Walaupun sepatah haram kami tak paham, tapi bila rakan2 DJ Ai FM menari dengan lagu "Macarena", "Wau Bulan" dan lagu Hindustan, kami tergelak sambil berpandangan sesama sendiri... Masing2 terhibur la jugak dengan lawak DJ2 Ai FM yg boleh melawak dalam opera Cina... Bila toleh ke belakang, kami kagum dengan crowd malam tu, memang penuh dewan tu dengan manusia yg pastinya datang dari 1 kaum itu.... Masing2 tak mau ketinggalan dengan acara yg telah diatur sepanjang malam kerana cabutan nombor bertuah pun menjanjikan hadiah2 yg bombastik fantastik kau memang da bomb! Ada percutian ke Taiwan lagi... Crowd malam tu hanya keluar ke bilik air apabila konsert break dengan persembahan muzik "Er Hu".... betul ke ejaan tu? :)

Bila Afiq dah tak senang duduk, terpaksalah saya beredar ke bilik. Sampai bilik, terpaksa la temankan Afiq tidur, tak dapat nak join Abang, Aen & Abg Roslan jalan2 amik angin sejuk malam tu.. :( Sedar2, depa semua balik bilik dekat kul 2 pagi... Ehmmmm... nyampesss...

Esoknya, lepas check out & breakfast kat food court First World Plaza tu, saya dan abang bawak Afiq naik Rain Deer yg mulanya berlegar2 di atas kepala kami... Naik Rain Deer tu, bukan Afiq yg gayat, ibu & abah plak yg gayat sebab Afiq dok hentak2 kaki.. Sudahlah Rain Deer tu terhoyong hayang ke kiri ke kanan.. :)

Lepas tu, kami bawa Afiq naik Ferris Wheel pulak. Memula naik tu, Afiq dok tengok bawah je. Macam gayat tapi rupanya Afiq ngantuk. Baru 3 round pusing Afiq dah terlentok Eddie Hamid... Hancur harapan ibu nak bawak Afiq naik kuda pusing2 & keta kecik pusing2 kat bawah... heheh...

Bila Afiq dah tido, saya pun ambil keputusan untuk jalan2 cuci mata je. Ada plak cenderamata yg dijual di sekitar plaza tu. Macam terminat plak nak beli something untuk abang. Dah alang2 naik Genting ni, saya nak beli bangles untuk abang sempena Anniversary yg bakal menjelang tak lama lagi tapi abang kata, "Tak payah la yang, kita beli kat bawah je la.. lagi murah"...

Tapi, ikut hati, nak jugak beli kat atas nuuu.. ada gak value. Bila tengok bangle tu, taulah yg bangle tu beli kat Genting, kan... ada la kenangan terindah kot... heheh... Dalam nak tak nak tu, abang pilih gak 1 bangle untuk diri sendiri... Ha, dah dapat hadiah kan? 9 Februari nanti tinggal potong pulut kuning je... heheh..

Sampai habis pusing pun Afiq masih lagi tido, jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke KL je. Masuk keta je, Afiq pun sedar dari tido tapi ibu & abah plak pening dok belakang pusing2 turun dari Genting tu... Bila tengok ibu & abah tido, Afiq yg dipaksa baring atas pangku ibu (kalo tak, tak reti nak duduk diam2), pun tertidur sama sampai lah kami tiba di Angkasapuri...

Alang2 dah ada kat tengah kota, saya amik keputusan untuk ke Sg Buluh. Dah lama janji dengan sahabat Black Canary nak ke klinik Dr. Maslinor, hari tu baru ler dapat ke sana, alang2 dah jauh dari rumah. Makan tengahari di salah sebuah kedai di Sg Buluh dengan "petunjuk" Bro BC (dia & Darlin join skali), kami terus ke klinik Dr. Maslinor untuk scan baby dalam perut ni...

Dah scan kat klinik Dr. Mas, baru le saya & abang berpuas hati dengan hasil scan yg kami perolehi... tak ler macam hasil scan sebelum ni, doktor yg scan hanya faham sendiri apa yg di"scan"... Dr. Mas siap bagitau kami lagi "ni apa, tu apa"... Nak tau jantina apa 2nd baby ni??? Hehehe.. surprise... Dah kuar nanti baru boleh bagitau.. P/s Bro BC, jgn kasik tau orang haaa... Apapun, terima kasih banyak2 pada Bro BC & Dr. Mas atas layanan yg sangat2 best tu... Cuma klinik jauh sesangat daripada Putrajaya.. payah nak datang.. heheh...

Itulah citer panjang lebar hujung minggu nan indah.. Memang ler letih, apatah lagi berbadan 2 ni... Letih bawak perut, letih layan Afiq & abang... Itulah harga seorang ibu... Terima kasih Mak! Sayang Mak! Muahs... :)




;;