Wednesday, April 23, 2008






Salam... Lama dah tak mencoret sesuatu kat dalam blog ni. Yelah, tugasan di pejabat lebih diutamakan, apatah lagi takde cerita menarik yang nak dikongsi bersama. Afiq dah nak menjangkau umur 5 bulan. Suntikan 3 serangkai dah pun berlalu, Alhamdulillah, lepas ni, kalau Afiq kena inject lagi, tak la demam lagi...
Melihat Afiq membesar di depan mata, seronok rasanya, apatah lagi sekarang Afiq dah pandai nak ajak main... Selain daripada dah pandai pegang mainan & botol susu, Afiq juga dah pandai menyanyi! Kalau ibu, abah atau sesiapa sahaja yang nyanyikan "Pok Amai2" untuk Afiq, Afiq jugak ikut menyanyi... Ada satu lagi lagu yang paling Afiq suka nyanyi, lagu yang diajar oleh mak abah saya sendiri "Cekur Lang Gamit", sambil tangan dibuka & digengam.... Kalau ibu & abah nyanyikan untuk Afiq lagu tu, Afiq dah pandai menyanyi sambil tangannya cuba dibuka & digengam.... :-) ... Kadang2, kalau dia tak nyanyi, dia akan menjerit kesukaan...
Afiq jugak tak suka baring sorang2 tanpa sesiapa di sisi. Kalau dia tengok takde orang, mulalah dia melalak sekuat2 hati... Macam kena cubit je. Tapi air mata tak keluar pun! Lagi satu, Afiq paling suka berjalan. Bukan main suka dia kalau kita bawak dia keluar berjalan, walaupun hanya 2, 3 tapak di depan rumah. Kalau dok dalam rumah, dia macam rimas je... Ehm, jangan dah besar nanti tak betah dok rumah sudah....
Sekarang, kat rumah Kak Ita, Afiq dah ada kawan. Zara nama dia (anak Julia)... Tapi, Zara belum pandai main lagi... Pening jugak Kak Ita melayan perangai baru Afiq ni... Dah tau jeles pulak... Ehm, belum ada adik lagi... Kalau tak, mau kena cubit adik dia tu...
Walaupun Afiq nampak kecik, tapi bila didukung lama2, lenguh juga tangan. Ibu dah tak boleh dodoi Afiq macam dulu lagi. Sekarang nak tidokan Afiq kena tepuk2 je... Tapi, Afiq ni lain pesen sikit. Nak kena peluk atau dia peluk tangan kita, baru lah dia nak lelapkan mata... Ehm, tak buat keja lain la ibu nampaknya...
Untuk anda semua, inilah gambar2 terbaru Afiq dengan kepala botaknya, tengah nyanyi tu... Gitulah Afiq sekarang....
Wednesday, March 5, 2008
Lepas timbang berat, jumpa misi, dia tanya, Afiq dah pandai niarap ke belum. Saya jawab belum lagi. Dia cuba jugak tapi bila tak dapat, dia nangis... So, saya kata sekarang ni dia pandai nangis je...heheh...Bila misi cakap, hari ni kena inject lagi ye, kena inject ni demam lagi tau. Afiq macam paham je cakap misi tu, terus dia kasi "tembak" satu das... Habis penuh dengan "bahan buangan" dia dalam pampers tu, sampai kena baju & seluar. Tapi misi terpaksa inject jugak tanpa sempat salinkan pampers & baju dia... :-)
Macam biasa gak, bila kena inject, Afiq nangis sekejap je bila jarum tu dicucuk pada peha dia. Lepas tu dia dah boleh sengeh2 dah. Tak macam budak lain, sampai dalam keta dok meraung sakan.... Lepas je Afiq kena injection, saya terus salinkan pampers, baju & seluar dia...Ehm, terpaksa la mintak tolong baby sitter cucikan baju & seluarnya tu.
Masuk je keta, hobi Afiq bila dibawa jalan2, dia akan tido... Memang senang nak bawak Afiq jalan2... Hari tu, saya dan hubby pegi shopping barang2 dapur pun Afiq tido jek. Dah nak masuk keta balik baru dia jaga....
Lepas pegi check up, saya hantar Afiq ke rumah baby sitter. Harap2, kalau Afiq demam, takde lah menangis teruk2 sangat. Risau jugak bila tinggalkan dia dalam keadaan macam tu. Petangnya, bila saya ambil Afiq, kak Ita (baby sitter) cakap Afiq meraung tak henti2. Bila penat je, barulah dia tido... Celik je, melalak sampai serak suara & merah padam muka dia... Macam tu lah keadaan dia kat rumah sepanjang demam dia tu... Memang panas sangat2 suhu badan dia sampai mencecah 37.9ÂșC. Bila dipegang, lengan saya rasa pijar sebab panas sangat...
Esok paginya, saya berura-ura nak cuti kecemasan aje sebab Afiq tak boleh lekang langsung dengan ibunya. Tak sempat nak kejar konti pukul 10 pagi. Tapi bila dia dah tido balik, saya sempat siap2, mandi & gosok gigi, terus dukung dia pelan2 masukkan dalam keta... Tengok ok jek... Ehm, macam yang saya cakap tadi, Afiq ni pantang dibawa berjalan. Daripada sakit terus baik...:-)
Petang tu, bila saya ambil Afiq dari rumah kak Ita, panas dia dah berkurangan... AlHamdulillah... Kalau panas dia macam malam sebelumnya juga, saya dah terfikir nak bawa dia ke klinik biasa.... Bila tengok dia dah aktif balik menendang, rasanya, kaki Afiq dah tak sakit lagi...
Hari ni, Afiq dah boleh tersenyum macam biasa. Bila tengok Afiq tersenyum, hati saya rasa gembira sangat2 dengan wajah comelnya & senyumannya yang kiut tu... Kat ofis pun asyik dok tengok gambar2 dia jek... Macam ni la orang yang ada anak kan, selalu ingatkan anak... Macam mana ek bila dah tua nanti? Adakah anak2 kita ingat kat kita??? Inilah yang perlu dididik dari kecil supaya tak lupa pada orang tua... Afiq anak yang soleh kan...??? :-)
Wednesday, February 20, 2008
Ops.. lupa nak perkenalkan keluarga besar saya. Abah saya, Mohd Yusof Hj. Munawar, mak atau lebih manja saya & adik panggil "mum", Payah Abdullah. Adik-beradik saya 4 orang - 2 perempuan, 2 lelaki, yang mana saya anak yang sulung. Adik saya, Marhamah atau kami panggil Marma dah pun berkahwin dengan orang Terengganu, Tun Abd Karim dan dikurniakan 2 orang anak, Tun Adli Hakimi dan Tun Mohd Syukri. Syukri lahir sama tahun dengan Afiq, cuma dia lahir pada awal tahun, Afiq pulak hujung tahun...
Adik2 yang lain, hero-hero belaka - Mohd Rosdi & Mohd Rosli... Masing2 dah pun bekerja. Abah & Mum yang nak pencen tahun ni dah tak perlu risau2 lagi sebab semua anak2nya dah bekerja... Ni la plan abah & mum waktu2 pencen, dah start nak berjalan2 seisi keluarga, kalau boleh setiap tahun kami buat trip family holiday ni... Tahun ni, kami mulakan dengan Pulau Langkawi dulu. Walaupun saya & abang dah pun ke sana cuti bulan madu tahun lalu, banyak juga yang berubah berbanding setahun yang lepas. Dah ada lebuhraya menghubungkan Pekan Kuah dan destinasi2 pelancongan lain. Masa kami berkunjung ke sana dulu, lebuhraya tersebut masih dalam pembinaan....
Walaupun tahun ni cuti lebih singkat dan kami tak sempat pusing pulau2 seperti ke Tasik Dayang Bunting, Beras Basah & Telaga Tujuh dan lain2, kami dapat juga naik Cable Car, yang mana tahun lepas dalam penyelenggaraan. Baru la saya tau, abang gayat rupanya, tak segayat naik Eye On Malaysia setahun yang lepas.... Selalunya, orang2 yang gayat ni, mesti ada sejarah dengan tempat2 tinggi ni. Abang boleh duduk satu gondola dengan Paparey & DJ Pool sebab masing2 gayat dengan tempat tinggi... Nampak je ganas tapi pucat lesi bila duduk dalam gondola... hehehe...
Anyway, enjoy dengan gambar2 yang sempat kami posing sepanjang kami berada di Pulau Langkawi... Ntah bila lagi kami dapat ke sana.... Wallaaaa...
Thursday, January 31, 2008


Hola... Kabare??? Harap2 anda semua sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah, hari ni masuk minggu ke2 saya kembali bertugas di pejabat dan konti setelah bercuti lebih 2 bulan. Seronok rasanya bila dah mula bertugas kembali ni tapi pada masa yang sama, risaukan si kecik yang ditinggalkan di rumah baby sitter...
Saya nak ucapkan terima kasih untuk sahabat KLGCC atau AGUSRIZAL sebab sudi menjaga Afiq sewaktu saya bekerja... Memang la minggu2 pertama di rumah baby sitter, Afiq asyik mengamuk tak menentu. Mungkin dia belum serasi. Kadang2 saya rasa simpati pulak tengok Kak Ita (orang rumah KLGCC) yang terpaksa melayan karenah macam2 Afiq...
Waktu balik dari JB, Afiq dah demam. Tapi, dalam demam2 tu, bila diagah, Afiq masih boleh tersenyum & berbual dengan ibu dan abahnya. Sekarang ni, demam dia dah kebah. Tapi, next Monday, kena hantar Afiq check up, mesti kena suntikan imunisasi... sure demam lagi ni. Bila Afiq demam, especially bila dia selsema & hidung tersumbat, saya jadi susah hati... Betul la orang kata, anak sakit, mak pun boleh sakit jadinya...
Bila saya baca buku2 & majalah tentang ibu bapa & anak, waktu sekarang ni bayi sebesar Afiq hanya mengenali ibunya sahaja... walaupun ditinggalkan keseorangan bersama abahnya, Afiq tetap menangis teresak2... Bila dengar Afiq menangis begitu, rasa macam nak balik time tu jugak, nak melayan karenah dia...
Saya cuma boleh berdoa, bila Afiq semakin kerap dihantar ke rumah baby sitter, moga dia semakin serasi di sana dan bila dah semakin besar, dia semakin kurang meragam... Kesian kat orang yang jaga Afiq tu.
Cepatlah besar Afiq, tak sabar rasanya nak melihat Afiq merangkak, bertatih, berjalan dan seterusnya berlari...Menurut kata seorang teman, "Ada kalanya anak kecil perlu dipimpin supaya lebih deras berlari, ada kalanya harus dibiarkan bertatih sendiri agar kenal pahit maung, jatuh bangun kehidupan"...Till then, cau cendollll...
Wednesday, January 9, 2008
Hola... Selamat Tahun Baru 2008 dan Salam Maal Hijrah 1429... Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam, cuti bersalin pun dah nak sampai ke penghujungnya... Lagi 2 minggu saya akan bawa Afiq balik KL. Tapi, boleh ke saya handle Afiq sorang2???
Sekarang, angin meragam Afiq dah bertukar pulak. La ni, tiap2 malam jam 9.30malam jadi fobia buat saya. Bila tiba waktu tu, tak kiralah Afiq jaga atau tido, tiba2 je dia akan menangis & mata dia terbeliak tak berkelip2... Ye lah, budak sekecil Afiq, macam2 yang dia boleh nampak... Macam mana ek, kalau perangai Afiq terbawa2 sampai ke KL? Macam mana saya nak handle? Ehm...
Mak pesan, balik KL awal, at least seminggu awal. Sampai sana, terus lepak umah adik kat Bangi, jangan terus balik rumah. Rumah saya tu dah ditinggalkan lebih 2 bulan. Sedangkan tinggalkan rumah 3 hari dah ada "orang lain" yang duduk, inikan pulak lebih 2 bulan... Abang dipesan untuk "yasin" kan rumah tu sebelum bawak Afiq tinggal dalam rumah tu. Lepas dah ok, baru boleh bawak Afiq balik ke rumah tu...
Lagi satu, mak pesan supaya balik KL awal, biar Afiq serasi dengan keadaan kat sana pulak. Nanti, kesian kat baby sitter Afiq kalau Afiq asyik meragam je... Kalau nak balik seminggu awal, nampaknya minggu depan dah kena balik KL. Tapi, hujung minggu ni adik ipar saya a.k.a adik abang akan bertunang. Kalau nak tunggu abang cuti, memang susah la... Tapi, nak tak nak dia kena cuti jugak... Ikut plan asal, kami nak balik KL selepas abang balik keje hari Sabtu.
Tapi bila difikir2 balik, tak elok bawak budak jalan malam2, apatah lagi semenjak 2 menjak ni Afiq asyik meragam malam. Kadang2 nangis, kadang2 tak... Tapi yang pasti, mata dia akan terbeliak tengok ke atas tak berkelip2.... Tu yang dia susah nak tido. Bila dia dah hampir2 lena nak tido, tiba2 celik balik... Saya sentiasa berdoa, supaya saya diberi kekuatan untuk membela Afiq sendirian di KL. Harap2, balik sana nanti, Afiq tak banyak ragam... Kalau tak, susah juga saya.. :-(
Apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya... Amin... :-)










