Saturday, October 3, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 - Edisi Pertama
2 comments Posted by Rentak Interaktif Kota at 11:04 AM



Letih betul anak2 ibu pegi beraye.. Masuk keta je, terus membute.. :-)
Salam... Lama betul saya tak jenguk blog saya ni. Nampak macam dah nak start bersawang dah.. hehehe.. Ye lah, sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, tahun ini sahaja, program khas terbitan saya ada 3. Kalau jadi penerbit ni, memang ler banyak tugasan yang perlu dilunaskan. Contohnya, untuk program Semanis Lebaran di Kuala Lumpur International Hotel dan Warna Warni Aidilfitri di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, saya kena meeting dengan PR2 Hotel2 tersebut, kemudian bawa pihak teknikal untuk recce dewan, cari artis2 yang sesuai untuk mewarnai program tersebut, deal dengan unit hiburan untuk bayaran artis, deal dengan PR, PA dan Manager artis yang bermacam karenah untuk dapatkan salinan dokumen untuk urusan pembayaran diaorang, arrange barang2 teknikal yang diperlukan oleh artis untuk persembahan mereka, bla bla bla... termasuklah meminta kerjasama (kekadang terpaksa merayu) untuk kawan2 lain beri sepenuh kerjasama untuk menjayakan program kita...
Tambah pulak program drama muzikal raya Gempak Syawal, kena booking studio muzik & studio drama secara berasingan untuk recording nyanyian dan lakonan DJ2 KLfm. Kalau siang studio penuh, kena booking belah malam pulak. Kalau recording belah malam, alamatlah lepas buke pose baru boleh start recording, kekadang sampai jejak pukul 1 atau 2 pagi nak bagi semua berjalan dengan lancar.
Bila tiba cuti raya, memang ler saya bercuti sakan, sampai 2 minggu lamanya, tapi itupun pada 28 dan 29 September terpaksa masuk kerja sebentar untuk menguruskan persembahan DJ2 KLfm untuk Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Badan Kebajikan Radio pada 30hb September... Sudahnya, menyesal pulak saya datang keje 2 hari tu (28 dan 29hb) sebab hanya DJ2 yang memberikan 100% komitmen sahaja datang untuk latihan, selebihnya membisu 1000 bahasa... Ehm, sakit hati juga kalau dikenangkan, sebab saya yang sedang bercuti pun boleh datang sekejap, kenapa yang lenlain tak boleh.. huih... marah ni... Lain lah kalau ada perkara yang terlebih mustahak untuk dilunaskan, tapi hanya beberapa kerat sahaja rakan2 yg faham situasi saya & bagitau saya sebab musabab ketidak hadiran mereka..
Lupakan pasal tu, sebab dah pun berlalu.. Terima kasih kepada rakan2 yg sudi memberikan kerjasama kepada saya untuk persembahan pada 30hb yang lalu, i.e. Pool, Kzie, Azlan, Nazie, Hj. Daud, Aen, Sonic dan Yatt. Terima kasih juga untuk Noreen & ND, walaupun tak dapat join, sempat gak memberitahu saya ketidak beradaan mereka... Macam tu lah kawan2.. hehehe
Sepanjang seminggu pertama cuti berhari raya, tahun ini giliran rumah mak mertua pulak, jadi kami menghala ke Kulaifornia untuk berhari raya pada hari raya pertama. Selesai menziarahi kubur sanak saudara yang telah tiada, termasuk arwah bapa mertuaku, kami ke Simpang Renggam di Kampung Pinggir untuk berhari raya ke rumah saudara mara sebelah abang. Selepas itu, pulang ke Kulai, jam 10 malam pula, saya sekeluarga pulang ke Pontian, menginap di rumah Nyai iaitu nenek saya sebelah mak.
Keesokkan harinya, kami ke Simpang Renggam semula, kali ini beraya ke rumah saudara saya sebelah abah. Sempat juga kami singgah di Air Hitam sebelum meneruskan perjalanan ke Labis, Johor. Dapat juga mak beli pasu dan bunga2 hiasa selain saya sempat juga membelikan Afiq bantal Barney & Pooh :-).. Ke Labis, rumah arwah Tok Angkat saya, walaupun sudah lebih setahun arwah tiada, keakraban kami tetap diteruskan. Saya sayu bila nenek angkat memberitahu, tiapkali dia melihat Didie (adik lelaki pertama saya), dia akan teringat pada arwah anaknya yang telah bertahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya... Tiap kali tu juga nenek akan mengalir air mata.. Katanya, "Kalau arwah Mat Nor masih ada, mesti dia dah sebesar Boboy (nama timangan Didie sewaktu kecil)"...
Selesai waktu Asar, kami ke Sungai Sibol di Bandar Tenggara pula, beraya di rumah saudara sebelah abah. Misi hari raya kedua kami berakhir selepas Maghrib dan kami pulang ke Ulu Tiram pula...
Hari raya ke3, saya & anak2 hanya duduk di rumah memandangkan abang tiba2 terpaksa ke Singapura menguruskan kerja2nya.. Ehm, duit punya pasal, raya terpaksa ditolak ke tepi... Hari tu, bekas rakan sekerja saya di Radio Malaysia Johor fm, menghubungi saya dan kami keudara seketika... Kata rakan saya tu, walaupun dah bertahun saya meninggalkan Johor fm, ramai juga kawan2 Johor fm yang bertanya khabar.. :-)
Ehm, rasanya macam dah panjang entry saya ni... Insya Allah, ada masa luang, saya akan sambung lagi untuk edisi ke2.. Walla...
Monday, August 24, 2009
Tuesday, August 18, 2009




Setelah setiap hari Sabtu kerja, kerja dan kerja, hari Ahad lepas, duduk di rumah, takde apa yang nak dimakan untuk sarapan pagi, saya ajak Abang Afiq ke kedai di blok Julia untuk membeli lauk untuk dimasak pada hari tersebut. Afiq memang pantang kalau nak dibawa berjalan, cepat2 dia pegi stor untuk mendapatkan sellipar birunya...
Pulang dari kedai, kami melintasi kawasan taman permainan kanak-kanak, Afiq pun menunjuk2 ke arah permainan gelongsor yang terdapat di situ. Dah lama juga saya tak menemani Afiq bermain di taman permainan, jadi hari tu, Adik Arif pun masih lagi tidur di rumah dan ada neneknya yang menjaganya, dapat lah juga saya luangkan sedikit waktu untuk menemani Afiq bermain-main di situ.
Tak sangka, Afiq sudah mahir bermain gelongsoran dan buaian tanpa bantuan daripada saya lagi. Saya hanya perlu memerhatikan sahaja gerak gerinya bermain, tak perlu lagi saya bantu Afiq untuk memanjat tangga, memeluk erat Afiq sambil sama-sama berbuaian dan lain-lain permainan yang menuntut Afiq untuk memanjat dan sebagainya...
Aduh sayang, ibu minta maaf sangat2 kerana kesibukan bekerja, ibu tak prihatin perkembangan anak ibu yang sulung ni, apatah lagi kehadiran adik Arif dan Afiq sendiri punya Mak Su dan Cik Su yang punya lebih banyak masa untuk menemani Afiq ke taman permainan... Alahaiiiii....
Walaupun letih, saya tetap enjoy dengan penglibatan semua yang turut hadir memeriahkan lagi Mini Karnival 2009 tersebut. Terima kasih kepada anda yang hadir, terutamanya mereka yang telah membeli Nasik Lemak Walla... hehehe
Tuesday, August 4, 2009
Dapat kunjungan Afiq, Arif, Mak Mertua dan Adik2 Ipar di Floria Festival Putrajaya 2009.. Spot check ibu keje ke, ngulor...
Ada rupa cam Upin Ipin tak?Setelah hampir 1/2 jam berpusing2 di situ, terserempak dengan rakan2 teknikal RTM yang juga sedang mencari lokasi sebenar untuk memasang barang2 teknikal. Akhirnya, datang En. Zainuddin (Teknikal RTM) yang sama2 recce tempat sebelum festival ini berlangsung dan menunjukkan booth KLfm bersebelahan Floral Pavilion yang terdapat di situ.
Sempat juga berceloteh serba sedikit tentang program yang dijalankan sepanjang hari tersebut di situ sebelum booth kami dilawati oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, YAB Datin Paduka Seri Rosmah bt Mansor yang merasmikan festival tersebut pada pagi yang sama.
Team yang bertugas sebelah pagi selain saya, Hj Daud (Acik Da), Azizah Sulaiman (Kak Zah), Azlan Omar, Aenraen & Sonic. Sekitar jam 11 pagi, kami berpakat untuk bersarapan setelah menunggu dari pagi untuk mengisi perut tetapi menangguhkan hasrat kami itu untuk menghormati YAB Datin Paduka Seri yang masih lagi melawat tapak festival.
Sedang menikmati sarapan pagi, saya terima panggilan daripada Ude, bertanyakan lokasi saya pada waktu itu kerana dia dah pun berada di tempat yang sama. Tak sangka pulak Ude bawak Afiq dan Arif bersama.... Yalah, mak pun nak jalan2 jugak.. Asik dok umah jaga cucu jek.. Hehehehe... Dapat juga bawa Afiq dan Arif jalan2 tengok alam.. Ye lah, Arif jarang dapat keluar tengok matahari macam tu... :-)
Hari tu, hampir jam 2 petang, barulah saya dapat balik ke rumah dan berehat sepuasnya (nasib baik adik Arif & Abang Afiq tidur sama2 saya dengan puasnya - hampir 2 jam) setelah berkerja tak tentu waktu dari hari Isnin-Ahad.... Walla....
Sejurus selepas berakhirnya Mini Karnival KLfm 2009 pada hari Sabtu lepas, 1 Ogos 2009, saya, abang dan adik ipar (Ude) bergegas mandi2 di pejabat KLfm dan terus pecut ke Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk majlis persandingan Syibli bin Hj Setu dan pasangannya Suraya binti Hj Yuhanis. Suraya merupakan anak saudara kepada DJ Hj Manan Selamat dan mereka sudi menjemput saya sebagai juruacara majlis pada malam tersebut.Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, apatah lagi mengetahui artis jemputan pada majlis tersebut ialah Dato' Siti Nurhaliza, saya & hubby sangat2 teruja & rasa tak sabar nak menghadiri majlis tersebut berminggu2 lamanya (kerana dimaklumkan oleh pihak keluarga pengantin 3 minggu lebih awal daripada tarikh majlis). Pada mulanya, Ude berura2 nak pulang ke JB pagi Sabtu tu tetapi membatalkan niatnya hanya semata2 ingin bersetentang mata dengan Dato' Siti Nurhaliza.
Hilang rasa penat bermain bola sepak sebelah petang apabila dapat bergambar sebelah menyebelah dengan Dato' Siti dan masing2 pulang dengan senyuman yang dibawa hingga ke alam mimpi...Wallaaaaaa.... :-)















