Wednesday, June 24, 2009
Cam takde beza je muka adik sebelum & selepas cukur.. Gambar yang bawah tu candid waktu tengah malam adik "buat kuih"... Siap sengeh lagi kena kejut ibu tengah2 malam untuk salin pampers...
Monday, June 22, 2009
Abah dan Afiq yang khusyuk makan gula-gula..
Sori yek, gambar candid sebenarnya.. Pose Abah & Arif yang kebetulan sama.. tetiba plak abah paling muka belah sini... Dah tak sama.. heheh
Minggu ke 3 setiap bulan Jun merupakan Sambutan Hari Bapa... sebenarnya, hari bapa tiada pengkhususan tapi kalau tak diadakan minggu ke3 setiap Jun Hari Bapa, kita kadang2 terlupa jasa2 bapa...
Walaupun tidak melahirkan, jasa bapa sebenarnya memang tak dapat dibalas hatta dengan wang berjuta... Saya bangga mempunyai seorang abah bernama Hj Mohd Yusof Hj Munawar, seorang lelaki tegas dan aktif.. Seorang yg saya anggap idola sepanjang hayat saya. Abah seorang yang berdisiplin dan sangat teratur. Banyak yang saya belajar daripada abah & banyak juga perangai abah yang ada dalam diri saya. Tak dapat saya bayangkan hidup saya tanpa abah.
Sepanjang waktu berpantang selepas bersalinkan Arif dulu, saya banyak menghabiskan masa di hadapan komputer. Saya tersentuh bila terpandang sebuah file bertajuk "Jika Abah Tiada", satu file yang abah sediakan sebelum abah berlepas menunaikan haji tahun lalu... Mungkin ada sebab abah beri tajuk begitu untuk dokumen tersebut rather than memberi tajuk "Harta2 Peninggalan Abah"... Sesetengah anak2 moden rambang mata bila melihat harta yang bakal diwarisi bertimbun2, tetapi itu semua tidak terfikir dek kotak pemikiran saya. Apa gunanya harta yang ditinggalkan bertimbun2, sedangkan kasih sayang seorang bapa tidak dapat lagi dirasai. Tiada lagi gurau senda, senyum tawa, sendu tangis dapat dilihat.. Saat yang paling terasa apabila tiba waktu Hari Raya, pasti kesayuan tu lebih terasa... Nauzubillah.. tak dapat saya bayangkan. Namun kita sebagai manusia hanya mampu menerima segala qada' dan qadar... Tika itu bakal tiba jua tetapi tidak terjangkau oleh kemampuan kita untuk bersedia ke arah itu..
Bertambah sayu lagi apabila sejurus selepas tempoh berpantang 44 hari, abah menyegerakan urusan pertukaran nama pemilik rumah kepunyaannya di Taman Aman, Senai kepada nama saya, mengambil kesempatan saya bercuti panjang. Tak terucap oleh kata2, hanya terima kasih yang dapat diluahkan. Bukan itu yang saya mahu, tetapi hajat abah terpaksa saya turuti walaupun belum tiba masanya. Banyak sekali pengorbanan abah, sehinggakan tiap kali saya dilanda masalah, tidak sekalipun saya mengadu kepada abah. Bukan sombong, tetapi tidak mahu abah "tergesa2" menghulurkan bantuan... Abah sangat pantang bila mendengar anak2nya dalam kesusahan, sepantas kilat akan diberikan apa yang diperlukan.
Nasib baik lah saya menetap di Putrajaya, kalau di Johor Bahru pasti segala kelengkapan rumah saya dibelikannya. Terbaharu, sewaktu saya mengadakan Majlis Cukur Jambul Arif, abah hadiahkan Microwave Oven berteknologi Nano untuk saya sekeluarga. Walaupun dia tidak dapat hadir kerana bertugas sempena Japan Grand Prix di Sepang (sudah saya katakan, abah seorang yang aktif walaupun sudah setahun bersara - dia seorang Marshal Kelab Motor) pada 20hb Jun yang lalu, masih lagi memberi segala keperluan yang dirasakan berguna untuk majlis tersebut... Sememangnya, ucapan TERIMA KASIH sebenarnya bukan hadiah yang sewajarnya diterima oleh abah... Lebih daripada itu yang sepatutnya diterima abah... Aduhaiii...
Sempena hari bapa ni, ucapan Hepi Father's Day dihantar menerusi SMS kepada Hj Mohd Yusof Hj Munawar (niat nak ucapkan face to face tapi tak kesampaian), seorang bapa yang tiada tolok bandingannya.
Juga kepada sang suami, Md Nazarrudin Abu Zamil yang berhempas pulas mencari sumber2 rezeki untuk keluarga. Ayang tahu, betapa jerih abang mencari rezeki ke hulu ke hilir. Susah abang, susah jugalah ayang. Biarlah kita sama2 susah membesarkan Afiq & Arif. Ini dugaan kita sekeluarga, Insya Allah, pasti rezeki akan terbuka luas untuk kita suatu hari nanti....
Selamat Hari Bapa untuk semua bapa2 di seluruh dunia! Daddy cool!
Nota : Gambar abah takde dalam simpanan komputer ofis yang baru diselenggara sepanjang peninggalan saya cuti bersalin tempoh hari.. Anda boleh lihat entry tahun lepas sempena Hari Bapa...:-)
Dua orang nenek "mengerjakan" kepala Arif... 

Tadaaa.. Hasilnya, bertambah tembam nampak muka adik Arif...
Pada 20hb Jun yang lalu, saya dan suami mengadakan Majlis Cukur Jambul adik Arif di rumah kami pada jam 3 petang. Antara rakan2 KLfm yang hadir, paling awal, jiran kami lah, sape lagi kalo bukan DJ Julia, disusuli Hj Manan dan DJ Azlan Omar.
Antara sahabat2 KLfm yang sudi hadir, paling awal, pak imam, abang Kajang Berlipat & Kak Sal (siap tolong potong2 lontong lagi.. TQ banyak2 kak!), Ila IP dan Kak Longnya, Izzana & family, Bhaiya FDM dan juga Black Canary... Ada yang tak disebut lagi ke? Maaf la ye.. heheheh.. Terima kasih banyak2 sebab sudi datang majlis saya yang tak seberapa tu...
Sebenarnya, kalau ikutkan jemputan saya, kami menjangkakan lebih 100 orang hadir, tapi nampaknya hanya lebih kurang 20 orang... Ehm, berlambak2 la lauk dan kuih yang disediakan, hingga setiap tetamu yang hadir dapat bawa balik berkat ke rumah...
Majlis cukur jambul adik Arif tu pun dikongsi bersama kenduri doa selamat hari lahir sepupu Arif & Afiq, Tun Adli Hakimi (anak Marma) yang menyambut hari lahirnya yang ke 5 tahun pada 21hb Jun.
Kalau ikutkan perancangan, abang berhajat nak merakamkan gambar2 cukur jambul adik Arif, tapi oleh sebab Nana (adik abang) tertidur keletihan selepas balik kelas tambahan UPSR awal pagi tersebut (kami cari2 dia tak jumpa, rupanya tidur di bilik tengah yang penuh dengan barang2), abang terpaksa mengiringi saya untuk mengagihkan bunga telur kepada tetamu yang hadir. Sudahlah Afiq memang dah ngantuk, tengok pulak semua orang berdiri marhaban, dia pun meraung la sampaikan susah abang nak menjalankan tugasnya... Untuk makluman semua, Afiq ni penakut yang amat... heheh... Sudahnya, satu gambar pun takde nak dipaparkan dalam blog ni..
Apa yang terpapar di atas, adalah aktiviti 2 orang nenek mengerjakan rambut cucu baru mereka pada hari yang berikutnya.. Arif memang suka tidur dipangku. Lena je Arif, Nenek Nah & Nenek Yah bergilir menggunting dan mencukur rambut adik Arif... Lihatlah wajah terbaharu Arif di atas.. :-)
Tuesday, June 9, 2009
Friday, June 5, 2009
Sunday, May 31, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Hari ni, genap sebulan umur adik Arif. Pagi tadi, ibu bawa Arif ke KK Ulu Tiram untuk 1st check up. Berat Arif naik kepada 4kg.. Boleh tahan gak adik ni. Bila misi pegang kedua2 belah tangan Arif, sedaya upaya Arif angkat kepala... Misi kata,"Kuat betul anak awak ni." Mana taknya, bila Arif ditidurkan dalam posisi tiarap, dia boleh angkat kepalanya sendiri untuk dipalingkan ke arah lain. Dulu, masa Afiq dalam hari, bila ditidurkan dalam posisi tiarap, kena bantu alihkan kepalanya ke arah lain... Agaknya, bila tiap2 hari ibu cakap dengan Arif,"Adik cepat besar ye..", Arif betul2 ikut cakap ibu...heheh.. Baguslah cepat besar dik, boleh temankan abang Afiq main.. :-)





