Friday, June 5, 2009
Sunday, May 31, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Hari ni, genap sebulan umur adik Arif. Pagi tadi, ibu bawa Arif ke KK Ulu Tiram untuk 1st check up. Berat Arif naik kepada 4kg.. Boleh tahan gak adik ni. Bila misi pegang kedua2 belah tangan Arif, sedaya upaya Arif angkat kepala... Misi kata,"Kuat betul anak awak ni." Mana taknya, bila Arif ditidurkan dalam posisi tiarap, dia boleh angkat kepalanya sendiri untuk dipalingkan ke arah lain. Dulu, masa Afiq dalam hari, bila ditidurkan dalam posisi tiarap, kena bantu alihkan kepalanya ke arah lain... Agaknya, bila tiap2 hari ibu cakap dengan Arif,"Adik cepat besar ye..", Arif betul2 ikut cakap ibu...heheh.. Baguslah cepat besar dik, boleh temankan abang Afiq main.. :-)Saturday, May 23, 2009
Pagi semalam, abah menyuruh saya menyiapkan bekalan Afiq, rupanyer abah nak bawak Afiq jalan2 beli barang dapur. Afiq ni memang pantang kalau orang nak bawak dia berjalan, cepat2 dia amik stokin & berlari ke pintu depan mendapatkan kasut birunya... Balik dari berjalan2 dalam troli pasaraya (for sure ler mum letak dia dalam tu..), dengan sengih panjang, Afiq menayang rambut botaknya... Oh, rupanya nenek & Tok Y bawak Afiq gunting rambut skali... Comel tak rupa baru Afiq? :-)
Thursday, May 21, 2009
Pagi ni, boring2, sambil tunggu adik Arif bangun menyusu & jenguk2 abang Afiq yg tengah tidur depan TV, saya surf FB.. Dah tak tau nak buat apa, saya "ter"click kat satu kuiz kat bawah ni.. Ni la hasilnya. Kawan lama saya sewaktu di kampus dulu terus komen di wall FB saya.. "memang ko la tu mimah..." :-)
Hamimah took the BULAN KELAHIRAN & SIFAT ANDA (Research by Dato' Dr. Fadzilah Kamsah) quiz and the result is SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik

Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah memang expert dlm hal2 macam ni. Sewaktu temubual di radio bulan Mac lalu, Yg. Berbhgia Dato' bertanya nama penuh saya sewaktu mula2 masuk ke studio konti sebelum live on air. Bila saya sebut nama penuh saya, lantas Dato' memaklumkan maksud nama saya tu.. Hamimah... bermaksud, teman setiaku... Ehm, orang kata, nama tu mencerminkan perwatakan orang tersebut. Ada juga kata, nama tu sebagai doa kepada pembawa nama tu.. Wallahualam...
Tuesday, May 19, 2009
Genap 7 hari Muhammad Arif Haiqal dilahirkan, saya telah pun mengaqiqahkan Arif dengan bantuan Ustaz Azhar dari EZ Qurban. Setelah berkali2 mengadakan temubual di udara KLfm menerusi rancangan tajaan EZ Qurban, Ustaz Azhar & Ustaz Jalal berkali2 mengingatkan saya untuk menghantar SMS kepada mereka jika saya sudah bersalin.
Hari ke 5 selepas saya bersalin, saya mengirimkan SMS kepada Ustaz Azhar yang pada ketika itu berada di bumi Kemboja. Maklumnya, sejurus selepas menerima SMS saya, Ustaz Azhar tanpa membuang masa menguruskan kerja2 aqiqah di bumi Kemboja pada waktu itu. Sijil aqiqah atas nama Arif juga dah selamat diterima dan gambar2 di atas adalah ehsan Ustaz Azhar menerusi kiriman emel. Terima kasih kepada Ustaz Azhar & EZ Qurban. Cuma majlis cukur jambul masih lagi dalam perancangan kerana tarikh sebenar belum lagi dapat diputuskan. Saya berharap dapat mengadakan majlis cukur jambul di rumah di Putrajaya sebelum saya kembali bertugas 29 Jun nanti.
Waktu Afiq dulu, saya adakan majlis cukur jambul & aqiqah seiring dengan sambutan Hari Raya Qurban dulu. Masa tu, belum kenal EZ Qurban lagi, jadi segala urusan dilakukan oleh abang dan abah di Johor Bahru..
Insya Allah, bila dah dapat tarikh yg sesuai untuk majlis cukur jambul Arif, anda dijemput hadir ke majlis tersebut nanti... :-)
Thursday, May 14, 2009
;;
Subscribe to:
Posts (Atom)








