Monday, December 24, 2007

Sekitar Majlis Potong Jambul Afiq

Dah potong jambul kena masuk buai la pulak... huih...syoknyer tido...

Abah Afiq cakap masa Pak Imam nak potong jambul Afiq, Afiq tersenyum bila Pak Imam beri salam pada dia... Bagus betul Afiq ni...heheh

Nak nangis konon... eksen je lebih... Abah dia cakap Afiq cuma mengeliat je...

Gunting habis pun takpe pakcik... tak lama lagi nak cukur terus...
Steady je mamat Afiq ni... boleh buat derk je... heheh
Dari kiri, Didie (adik no3), abah Afiq, Ellie (adik yang bungsu) dan Cik Nuar (bapak sedara a.k.a adik ipar abah).

Wednesday, December 19, 2007

Salam Aidil Adha 2007

Hola... Kembali bersama dalam blog saya. Esok umat Islam akan merayakan Hari Raya Korban... Sehubungan itu, saya, suami & ahli baru dalam keluarga kami, Afiq ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Sempena Hari Raya Korban tahun ni, saya dan suami mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis aqiqah untuk Afiq. Pagi2 lagi abahnya dah pegi melihat pusat sembelihan kambing & menghantar kambing itu kepada tukang masak untuk dihidangkan pada majlis potong jambul Afiq malam nanti. Kami bersepakat untuk mengadakan majlis tersebut di Surau Taman Puteri Wangsa... Alang2 ada gotong royong membakar lemang untuk hari raya esok, kami mengambil peluang untuk mengadakan majlis potong jambul...

Walaupun baru masuk 4 minggu usia Afiq, semakin hari, semakin banyak karenah Afiq yang saya dan hubby terpaksa layani. Atuknya sampai berkata, "Mula2 je nampak alim, lama2 dah nampak dah taring dia." Mula2 dulu, memang Afiq tak banyak meragam & merengek tengah malam... Mak saya cakap paling mudah membela Afiq kalau nak dibandingkan dengan 2 orang lagi cucunya (adik pompuan saya dah pun ada 2 orang anak lelaki... langkah bendul beb!)...

Tapi skarang ni, musim Afiq dah berubah. Mungkin sebab dia sudah boleh melihat. Kalau takde orang yang melayan dia atau berada di sebelahnya, dia akan merengek minta dilayan... Betul pesan misi kat wad dulu... 40 hari pantang, 40 macam jenis karenah baby yang awak akan belajar... Ehm, nasib baik yang kuar sorang... Kalau kembar, alamat lah slim balik saya macam zaman anak dara dulu. Ntah2 lagi kurus kering daripada tu...

Bila Afiq dah pandai merengek tengah2 malam ni, saya sampai dah tak tau nak buat apa lagi. Dituam sudah, disapu minyak ke perut & belakangnya pun sudah, diberi susu sudah, didodoi pun sudah... Kalau kata digigit serangga @ nyamuk pun sudah ditilik... Tak tau la kalau digigit serangga kat tempat2 yang saya tak dapat nak cari... Bila Afiq terus2an merengek, sampai satu ketika saya hampir putus asa.... Mungkin ini perasaan ibu2 baru seperti saya.... Yang rajin bangun tengah2 malam untuk melayan karenah Afiq, atuk & neneknya.... Abahnya??? Ehm... no comment... Ye lah, bekerja siang malam pagi petang, tak kenal ngantuk, tak kenal penat, bila dah balik rumah, dah jumpa katil, letak bom kat sebelah pun gerenti tak sedar punya....

Petang semalam, borak2 dengan abah, abah timbulkan satu persoalan, "Nanti dah balik KL, macam mana awak nak menguruskan Afiq sorang2?".... Ehm... soalan tu dah lama bermain dalam fikiran saya. Sebelum saya cuti bersalin lagi saya dah memikirkan apa yang bakal berlaku pada hari2 mendatang. Mau tak mau, saya terpaksa juga belajar menguruskan diri sendiri dan Afiq berseorangan... Mak mertua dah menawarkan diri, "Susah2 sangat, Afiq tinggal je kat sini, mak jaga. Nanti kalau Afiq tinggal sini, Afiq yang nangis ke, ibu dia yang nangis?"....

Walaupun saya jenis tak kisah pun dalam segala hal, tapi bab2 menjaga anak ni, lebih baik ibunya sendiri yang membela. Bukan apa, nanti bila anak sendiri tak kenal mak lagi susah... Macam mana anak tu nak sentiasa mendoakan orang tuanya sedangkan orang tuanya tak penah nak bela dia??? Walau susah macam mana pun, saya tetap akan membela anak saya... Kadang2 terfikir juga, kalau saya bertugas di tengah malam, ada ke orang yang sudi menjaga anak saya sampai saya datang mengambil dia???? Ehm... terpaksa simpan soalan2 ni sampai saya balik KL nanti... Insya Allah, tuhan akan permudahkan urusan saya... Amin...

Ops... bila dada dah berdenyut2, sekejap lagi terdengarlah suara Afiq merengek2 minta disusui... Agaknya, inilah naluri seorang ibu. Dapat rasa sendiri apa yang akan berlaku pada anak2nya.... Well, gotta go now... Selamat Menyambut Aidil Adha pada hari esok... Sehingga kita bersua lagi, cau cendollll....

Monday, December 17, 2007

Afiq lagi..dan lagi...dan lagi...



Pose Afiq untuk pelawat laman web nih...


Wednesday, December 12, 2007

Relekskan mata jap...

Senyumlah...senyumlah...ahai anak ibu...

Friday, December 7, 2007

44 hari...

Hola... Kembali bersama Mimie Walla dalam blog yang tak seberapa nih. Hari ni hari ke 13 saya berpantang seiring dengan usia Afiq... Rupanya, berpantang bukan sahaja nak cantikkan badan balik, tapi berpantang sebab Afiq menyusu badan, kalau ibunya silap makan, Afiq rasa susu badan tak sedap la, berak2 la kembung perut la dan macam2 lagi... Ehm, sedap tak sedap, kenalah saya makan apa sahaja yang dinasihatkan oleh mak...


Masa ngandung dulu, ye2 je nak makan jamu supaya cepat pulih & cantik. Tapi bila makan ikut dos yang disarankan dalam kotak tu, kesian pulak dekat Afiq buang2 air besar sampai pijar2 punggung dia. Atas nasihat sorang kawan yang datang melawat hari tu, saya terpaksa kurangkan pengambilan jamu tu, daripada 10 biji sehari pagi dan petang kepada 6 biji sehari...

Sepanjang saya menerima kehadiran Afiq ni, ramai jugaklah kawan2 & pendengar2 Johor fm datang melawat kami. Masa kat wad dulu, "Kawan Johor fm" - Sofi Ceria, Ikan Todak & April sekeluarga datang melawat kami. Dah balik rumah, sahabat2 lama dari RTM Johor pula datang melawat kami di rumah. Tak kurang juga pakcik sebelah mak yang duduk di taman bersebelahan juga datang melawat kami...

Mungkin sudah rezeki Afiq, pada 28hb November yang lalu, genap 4 hari dalam berpantang, saya terpaksa menghadiri ujian amali untuk kelayakan ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B41. Untuk pengetahuan u all, skarang ni, jawatan saya Gred 27. Maknanya, kalau saya berjaya dalam ujian ini, saya akan dinaikkan pangkat ke Gred 41... Alhamdulillah...

Sebenarnya, tarikh ujian amali tu pada 26hb November di IPTAR Angkasapuri, KL. Oleh sebab saya baru lepas bersalin, saya dah pun menghubungi pihak SPA untuk bertanya, adakah saya mendapat pengecualian daripada menghadiri ujian tu. Malangnya, pihak SPA memberitahu, jika saya tidak hadir dalam ujian tersebut, maka keputusan peperiksaan bertulis yang pertama dikira terbatal dan saya dikehendaki menduduki ujian bertulis semula pada tahun hadapan jika berhajat nak dapatkan jawatan Gred 41 tu...

"Mana boleh?" dalam hati saya berkata... Then, saya minta untuk bertukar pusat ujian... Alhamdulillah, saya dibenarkan untuk menukar pusat ujian ke RTMJB pada 28hb November... Tiba hari yang dinantikan, rakan2 lama di RTMJB semua terkejut melihat keadaan saya yang walaupun dalam hari tapi terpaksa datang jugak ke ujian amali tersebut... Mak menghantar saya di RTMJB dan terpaksa membawa Afiq sekali sebab abang tak dapat menghantar saya ke sana kerana tugas... Mak memberitahu, sepanjang ibunya sedang berujian, Afiq sedikit pun tidak meragam, hanya terlena di dalam kereta. Kawan2 lama yang menjengah Afiq di dalam kereta ramai yang berkata "Baik betul budak ni".... Alhamdulillah, mudah2an bukan doa ibunya saja bahkan doa rakan2 yang lain akan membentuk Afiq menjadi budak yang baik....Apapun, jika ada rezeki Afiq, Insya Allah, adalah jawatan Gred 41 tu untuk saya...

Orang kata, dalam berpantang ni, ibu2 yang baru lepas bersalin kena menjaga emosi supaya tak datang angin meroyan.... Rupanya, memang benar, sepanjang dalam berpantang ni, ada pulak orang ketiga yang cuba nak meruntuhkan rumah tangga kami dengan menyerang saya bertubi2 dengan SMS berbaur fitnah mengatakan abang itu ini.... Sekadar untuk mengelirukan saya yang dalam hari.... tapi Alhamdulillah, berkat doa, kekuatan & keyakinan diri, ditambah sokongan seorang suami yang benar2 memahami, saya dapat menangkis kemurungan daripada merajai minda & hati...

Inilah pengorbanan seorang wanita bergelar ibu & isteri... Dulu, hanya menganggap dogengan sebuah drama swasta. Sekarang, setelah melalui, barulah memahami kenapa wanita letaknya berkedudukan tinggi dalam agama... So, selagi ada ibu, sayangi & berbaktilah kepada mereka. Selagi ada saudara perempuan, berilah perhatian yang secukupnya. Selagi ada isteri, hargailah segala pengorbanan mereka. Selagi ada anak perempuan, didiklah mereka menjadi orang yang berguna....

Ops... tugas seorang ibu dah ada. Kenalah saya beredar daripada menaip dalam blog ni bila Afiq mula bersuara... Sampai kita berbicara lagi... Cau cendolll....

Tuesday, December 4, 2007

Kau Ku Sayang...

http://www.youtube.com/watch?v=oXqk7RbiZbs

Siti Nurhaliza - Kau Ku Sayang

Kau tersenyum

Ku terpaku

Cahya di wajahmu

Hanyalah untukku

Sinaran matamu

Menusuk di kalbu

Tak mungkin ku melupakan

Sebegini pengalaman

Lalu hati pun berkata

Segala untukmu



( korus )

Satu masa nanti

Pasti kau temui

Tabahkanlah hati

Jangan lupakan Ilahi

Akan tiba bahagia

Tak mungkin sendirian

Terhurai dalam lagu berkumandang

Di buai dalam mimpi

Kau ku sayang


Segala untukmu



( ulang korus )




Nyanyian : Datin Seri Siti Nurhaliza

Thursday, November 29, 2007

Muhammad Afiq Izzudin


Walla... Bertemu lagi kita dalam blog yang dah lama jugak saya tak jenguk. Almaklumlah, dah dapat title baru ni, tugas pun semakin banyak & mencabar... heheh.. Apapun, saya nak memperkenalkan ahli baru dalam keluarga kami yang saya & hubby namakan Muhammad Afiq Izzudin....

Pagi 23 November 2007, lebih kurang pukul 5.30pagi, saya dah rasa lain macam apabila terasa "sesuatu" yang "tak kena". Takde rasa sakit, tapi tanda2 seperti keluar lendir bercampur darah menyebabkan saya tergopoh gapah mengejut abang di sebelah. Yelah, kita mana la ada pengalaman nak beranak ni kan. Abang terus mintak tolong mak hantarkan saya ke hospital untuk check "apa yang patut" sebab abang tak dapat nak terus ponteng kerja lebih2 lagi projek yang sedang abang handle sekarang tengah "kritikal"...

Pukul 7.30pagi, mak pun hantar saya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) yang terletak di kawasan Pandan, JB, tak berapa jauh dari rumah saya. Sampai je kat sana, saya diperiksa dan bukaan servik baru 1cm. Misi yang bertugas kat situ cakap, kalau nak masuk wad, kena pegi Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebab wad kat HSI dah penuh. Dalam hati saya berkata, "Aik, skarang ni musim mengawan ke?" heheh....


Tanpa membuang masa, mak pun terus hantar saya ke HSA dan seperti yang telah diperiksa, bukaan servik masih 1cm. So, saya terus ditahan di Wad Kelas Pertama HSA supaya senang doktor yang pantau bukaan servik. Mak pun terus tinggalkan saya di wad sebab dia pun terpaksa bekerja. Pukul 10.30pagi, mak mertua & adik ipar saya (Nana nama dia) datang setelah diberitahu oleh abang saya. Sepanjang2 hari tu, mak mertua lah yang menemani saya. Bila tiba waktu melawat je, dia datang bawakan bubur, buah2an dll... Alhamdulillah, mak mertua saya seorang yang sangat2 baik. Dia pun tak bekerja, jadi sepanjang hari tu, dialah yang memanjakan saya.


Sakit nak bersalin semakin terasa bila waktu melawat dah nak habis pukul 7malam. Masa tu, badan saya menggigil2 tahan sakit. Sakit yang datang selang seminit, sampai berpeluh2 saya dibuatnya. Badan mak mertua yang kurus tu puas saya peluk, tangan dia puas saya pulas2... Saya mengadu, "Mak, sakit mak..." Mak cuma boleh memujuk, "Ye, mak tau... Tahan je la. Dah nak bersalin ni. Dah dekat dah. Tahan sekejap."


Bila sakit yang datang selang seminit, doktor terus cek jantung baby & contraction berapa kuat. Servik baru bukak 5cm tapi sakit yang terasa memang Allah saja yang tahu. Terdengar suara doktor, servik baru bukak 5cm tapi contraction very2 strong... Mana taknyer, sampai nak terbalik saya pegang mesin mengimbas jantung baby & contraction tu sebab mesin tu kat sebelah saya je.


Bila servik dah bukak 6cm, doktor pecahkan air ketuban & waktu tu pun tak silap saya dah pun pukul 9malam. Maknanyer, seksa nak bukak dari 1cm ke 1cm terasa lama sangat berlalu. Doktor tanya, saya ada minum air selusuh ke? Saya cakap, ada, tapi tak la banyak sangat. Dia kata, lain kali jangan minum air selusuh. Servik baru bukak sikit, awak punya sakit macam nak terberanak sangat... Ehm, ntahlah, ikut orang2 tua minum air selusuh senang nak beranak. Tapi, doktor cakap lain pulak....


Pukul 9.35malam, misi bawak saya masuk labour room tapi sebelum tu, kena amik baju baby, baju saya dll barang yang diperlukan untuk masuk labour room. Misi suruh saya call hubby, tapi rupanya handphone saya dah pun abang bawak. Mungkin abang bawak mak & Nana pegi makan. Misi cakap, takpe, nanti kita telefonkan suami awak.


Saya terus dimasukkan ke dalam Bilik 15 Labour Room. Masa tu, cuma rasa sakit sebab baby betul2 nak keluar. Doktor cakap, jangan teran dulu, servik baru bukak 6cm. Kalau awak teran dulu, nanti rahim bengkak... At least bukak 10cm baru boleh teran. Tapi, hanya Allah yang tahu, saya pun dah tak dapat nak bezakan antara teran & tahan...


Bila nampak muka abang di sebelah, saya rasa betul2 lega walaupun sakit. Abang ingatkan saya untuk berselawat dan ingat tuhan tiap kali sakit tu datang. Bila lega sikit, abang tak putus2 bercerita tentang itu dan ini. Mungkin nak saya lupakan seketika sakit yang saya tanggung. Dari pukul 9.35malam, sampailah tepat jam 12 tengah malam (saya dongak jam dinding yang letaknya betul2 atas kepala saya), servik dah bukak 8cm. Masa tu lah doktor masuk & saya dengar,"Good, sekarang dah boleh teran kuat2."


Masa tu la macam2 suara saya dengar, "teran macam orang geram", "teran kuat2, kesian kat baby awak kepala dah lebam"... Abang pulak tak putus beri sokongan. Seingat saya, saya sempat dongak jam di kepala, dari pukul 12.30 tengah malam saya kerah sepenuh tenaga, kepala baby dah keluar sedikit semi sedikit hinggalah jam menunjukkan pukul 12.54 tengah malam, saya dengar doktor cakap, "Alhamdulillah, cuba tengok baby awak. Sebut, baby apa?" Saya hanya boleh kumat kamit tapi abang jawab,"Lelaki...Alhamdulillah..."


Saya dengar abang tak putus2 bersyukur dan terdengar dia menangis teresak2, mengucapkan terima kasih pada saya. Walaupun sedar, saya rasa terlalu lemah, mungkin sebab terlalu banyak tenaga yang saya kerah untuk keluarkan baby sebesar 2.7kg dengan panjang 51cm....Baru saya tahu, rasa sakit bersalin tu macam mana. Sakitnya masa servik nak bukak sampai 10cm tapi masa meneran, tak langsung rasa sakit. Mungkin masa tu, kita cuma fikir nak teran kuat2. Lupa pada sakit yang terasa sebelum tu...


Lepas je saya dibenarkan rehat sebentar, doktor minta abang keluar dari labour room untuk azan dan iqamatkan baby, manakala saya pula perlu dijahit. Ha, ni lagi 1 seksa yang perlu saya tanggung. Dijahit oleh doktor pelatih, mungkin sebab salah menjahit, darah masih keluar. 2 orang doktor pelatih membuat perkara yang sama, jahit & bukak balik, jahit & bukak balik, sampaikan dalam hati saya berkata,"Bila nak siap nih? Tak tau ke sakit yang aku tanggung?". Tapi, kata2 tu tak terluah dari mulut, mungkin sebab saya terlalu letih & cuba nak faham tugas seorang doktor yang mungkin bertungkus lumus nak "tolong" saya...


Sempat juga saya dongak jam di dinding, saya dijahit dari pukul 1.45pagi dan betul2 selesai jam 4.30pagi.... Lepas tu, saya terlena seketika dan terjaga bila ada misi @ doktor yang keluar masuk untuk memeriksa keadaan saya. Saya juga sedar tatkala baby dibawa masuk dah diletak bersebelahan dengan saya. Bila dah nampak wajah baby saya, dalam hati berkata, "Sebijik macam muke aku." Sebab saya tengok bibirnya yang nipis & bibir bawah yang diketap dengan "gigi" atas macam zaman saya baby dulu. Suka buat macam tu... Bila terpandang muka baby, saya tercari2 abang, ke mana pulak abang pegi. Rupanya, abang tak nak menganggu saya, sebab tiap kali dia jenguk ke bilik, saya terlena tidur. Akhirnya, abang, mak mertua & Nana balik ke rumah hampir jam 7pagi setelah menunggu berjam2 lamanya. Simpati saya pada mereka, tak makan, tak tidur...


Pukul 7pagi, doktor beritahu saya terpaksa dimasukkan ke ICU untuk pemantauan yang lebih khusus. Jantung saya berdegup kuat, darah yang hilang dianggarkan 400ml., ditambah pulak saya tiba2 diserang demam.... Sampailah pukul 10.30pagi waktu melawat (kali ni, katil saya sebelah dengan jam dinding..hehe..), saya masih dalam ICU, tertunggu2 jugak kalau2 abang datang tapi rupanya waktu melawat bagi wad ICU jam 12.30 tengah hari... Hampir jam 12 tengah hari, saya dibenarkan keluar dari ICU dan dihantar semula ke Wad Kelas Pertama dan Alhamdulillah, sampai je saya di katil, mak mertua sedang memangku baby. Nana pun ada tapi abang tak tau ke mana...


Bila dah nampak muka abang, barulah terasa lega. Sakit jahitan masih terasa sampaikan saya tak boleh nak duduk ataupun bangun. Hanya mampu terbaring di katil. Kawan2 yang duduk 1 bilik dalam wad tu silih berganti bertukar orang tapi saya ditahan sehingga 2 malam sebab suhu badan saya sekejap ok, sekejap demam.... Bila doktor tengok saya dah benar2 ok, barulah saya dibenarkan pulang dan hari ni, baby yang saya & hubby namakan Muhammad Afiq Izzudin baru berusia 6 hari....


Selamat melihat dunia Afiq, mulalah satu cabaran baru untuk abah & ibu mendidik kamu menjadi seorang yang mulia (Muhammad), pemurah (Afiq) dan kuat pada agama (Izzudin). Jadilah anak yang soleh, taat pada suruhan agama, hormat orang tua, dengar cakap abah & ibu, bijak & cepat belajar, pintar & cerdik. Afiq anak yang baik... Itu yang selalu ibu bisikkan selama ibu mengandungkan kamu sehingga kamu lahir ke dunia.... Amin...

;;