Thursday, November 19, 2009

Mak Su Amik Result UPSR

Nana sedang mengambil keputusan UPSR daripada Puan Guru Besar...



Pagi tadi, sempat juga saya, Abang & Afiq ke Sek. Ren. Presint 16 (2) Putrajaya untuk menguruskan persekolahan adik abang, Nana & Ayu. Oleh kerana tahun ini merupakan tahun akhir Nana bersekolah di situ, terpaksalah abang menukarkan Ayu ke Sek. Ren. Presint 18 (1) yang berdekatan dengan tempat tinggal kami memandangkan tahun hadapan Nana juga akan bersekolah di situ kerana Sek. Men. Presint 18 (1) juga berada di tempat yang sama. Mudah mereka pergi & pulang bersama2.. Yelah, sekarang ni kan macam2 kes penculikan budak2 sekolah. Minggu lalu, Nana pun ada bercerita tentang kisah kawannya yang hampir2 diculik... :-(

Kebetulan juga, hari ini (19 november 2009) merupakan keputusan peperiksaan UPSR, jadi kami pun meluangkan masa untuk sama2 menunggu keputusan UPSR Nana. Ramai juga ibu bapa yang hadir memberi sokongan untuk anak2 @ adik2 masing2... Hasilnya, keputusan Nana, walaupun tak berapa nak cemerlang, tapi oklah tu, cukup semuanya dari A-D, semua ada.. Sesetengah budak dapat semua A, langsung takde B, C atau D..hehehe.. Itu yang saya kata pada Nana, sekadar humor untuk menyejukkan hatinya.. Iyelah, kawan2 lain sampai mak bapak dorang mengalir air mata kerana kejayaan mendapatkan straight A's.... Takpe dik, masih ada PMR dan SPM.. Masih panjang lagi perjalanan adik tu. Dulu pun, akak tak berapa pandai masa sekolah rendah. PMR pun ala2 je. Alhamdulillah, SPM dapat best student! Cuba lagi k? :-)
video

Wednesday, November 18, 2009

Gula Gula Abang Afiq

video

Adik Nak Belajar Tatih Plak..

video

Friday, November 13, 2009

Kena Wrestling???

video

Sejak adik Arif dah laju merangkak ni, pantang abang Afiq baring sambil main "car" (kereta mainan), mesti dia datang kacau abang dia.. Sukatilah dik... Hehehe..

Hair Cut - 2nd version

video

Dah banyak kali gak abang Afiq gi gunting rambut tapi latest last 2 weeks dapat amik video sewaktu abang digunting rambutnya.. :-)

Adik Dah Belajar Berdiri!!!

video

Walaupun adik baru nak masuk 7 bulan, dia dah gagah nak belajar berdiri.. Ntah berapa kali tersembam kat tiang buai, grill pintu & kerusi... Semangat besar betul adik Arif ni.. Ehm...

Friday, November 6, 2009

Penerbitan Klip Video 1 Malaysia

Gi mamam dulu.. :-)

Aktiviti bermake up oleh make up artist..

Tenyeh bang..ops.. kak, jangan tak tenyeh..

Dah siap make up.. Sebelum salin baju, pose sat..


Keadaan studio yang dicat hijau..

Yeeee.. Dah boleh balik!!!

Pada sepanjang minggu terakhir bulan Oktober yang lalu, ramai yang tertanya2 ke mana menghilangnya saya... Masih lagi berada di sekitar Angkasapuri, cuma bercuti konti buat seketika kerana terlibat bersama DJ2 RTM dari seluruh Malaysia untuk penerbitan klip video 1 Malaysia yang akan ditayangkan di TV-TV RTM termasuklah Muzik Aktif bermula Januari 2010.

Hari pertama berlalu dengan sesi taklimat dan suai kenal, disusuli dengan rakaman suara nyanyian DJ2 yang terlibat pada hari berikutnya di Studio Rentak 50, Angkasapuri. Masing2 agak gugup juga nak merakamkan lagu 1 Malaysia ni apatah lagi pencipta lagu tersebut, Datuk Mokhzani Ismail juga turun padang melihat gelagat DJ2 merakamkan suara yang ala2 buluh betung tu..hehehe..

Hari 3 diberi kelonggaran untuk DJ2 yang terlibat bercuti kerana sesi rakaman suara sudahpun selesai sepenuhnya. Jadi, DJ2 yang turun ke KL dari seluruh Malaysia mengambil peluang untuk jalan2 cuci mata & menghabiskan wang poket yang ada di sekitar KL. Saya??? Pagi tu, saya terpaksa membawa adik Arif ke KK Putrajaya untuk pemeriksaan bulanan. Oleh sebab Arif baru sahaja baik dari demam, maka, terlepaslah sesi suntikan yang seterusnya. Terpaksa lah 2 minggu lagi ibu bawa Arif ke KK Putrajaya sekali lagi untuk pemeriksaan & suntikan 6 bulan :-(...

Hari ke 4, kelas tarian & fitting baju. Ehm, macam2 gaya DJ2 yang dah selalu bercakap di konti radio, terpaksa "mengepak2" menunjukkan skill menari.. :-) Tiba pula hari yang dinanti2kan, iaitu shooting pada hari terakhir, seawal jam 10 pagi kami telah berkumpul di belakang Wisma Radio Angkasapuri untuk di"angkut" ke Studio Film Gear di Sungai Buloh untuk shooting.

Selesai make up jam 1 tengahari dan selesai setting lampu & kamera, shooting bermula jam 4 petang sehinggalah jam 2 pagi, barulah shooting selesai. Masing2, walaupun dengan make up yang tebal seinci & di"touch up" berkali2 (dah lebih dari seinci ni), terpaksa tahan sehingga shooting selesai.. Ehm, begini rupanya kalau orang berlakon ye... Remeh juga.. Hasilnya??? Tunggu tahun depan :-)

Thursday, November 5, 2009

Cruise Tasik Putrajaya

video video

Pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 yang lalu, memandangkan kupon Sightseeing Cruise dah nak hampir ke expired date 1 November 2009, tambahan pula, seorang Sahabat KLfm (Ila) memberikan sekeping lagi kupon yang dimenanginya kepada saya (terima kasih Ila), dapat juga saya bawa Abang, Afiq & Arif menaiki Cruise Tasik Putrajaya mengelilingi kawasan Putrajaya.

Antara bangunan yang dapat kami lihat, selain bangunan2 kerajaan yang cantik2 belaka, dapat juga kami lihat kediaman & rumah percutian mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, kediaman Tan Sri Lim Kok Wing (pengasas Kolej Lim Kok Wing), Masjid Putrajaya, Masjid Besi a.k.a Masjid Sultan Mizan, Putrajaya International Convention Centre (PICC) juga jambatan2 Putrajaya yang indah2 belaka mengikut bentuk rekaan bangunan2 terkemuka di seluruh dunia... Memang superb la depa yang reka bangunan2 ni.. Bagus arkitek2 Malaysia ni... Walla...

Upin Ipin

video


Abang Afiq memang pantang nampak kalau baju Upin Ipin sedang dilipat sama ada oleh ibu, nenek, mak su atau cik sunya... Mesti suruh bukak baju yang dia sedang pakai & pakaikan dia baju Upin Ipin. Tak kisahlah seluarnya sama ke tak.. Nasib baik ibu ada beli baju Upin Ipin versi lengan pendek & lengan panjang... Ehm, abang.. abang..

;;