Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran 2008



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...
kalau ada tersasul kata ke (memang dah slalu pun ;-))...yang mengguris perasaan sama ada secara sengaja ataupun tidak (slalunya tak perasan pun..heheh).
Harap jangan berkecil hati, biasa la, saya pun manusia gak... Ampun maaf dipinta yek...

Ikhlas daripada - Mimie Walla, Real Bond & Afiq

Wednesday, September 24, 2008

Sebelum seksa nak menyanyi, KBR sengih dulu... hehehe



Pasangan duet paling ceria dalam bilik rakaman tapi Paparay macam nervous jek...

MK dengan aksi nganganyer untuk lagu rock Hari Raya...

Sepanjang minggu dari 8 hingga 12 September 2008, dari petang, break buka, dan sambung ke malam, DJ2 KLfm mengambil giliran untuk membuat rakaman untuk Carta Semprit Raya 2008 di teratak cantik En. Rosli Ahmad, seorang komposer dan penulis lirik yang menaja studio sekaligus menjadi Sound Engineer untuk projek Carta Semprit ni. Gambar2 di atas adalah ehsan Zullastree, iaitu pada hari ketiga rakaman, yang melibatkan KBR, Hj. Salehuddin Hj. Ramlan, MK dan gandingan Zullas & Paparay... Terima kasih untuk En. Rosli Ahmad sekali lagi....

Rakaman Senandung Lebaran D'KLfm

Sebelum buat kerja, kenalah amik2 gambar duluh...


Ha, sejak dah massuk studio rakaman nih, masing2 nak menunjukkan bakat men'sumbang'kan sore... heheh... nyanyi, jangan tak nyanyi...

Bergandingan dengan Pool selaku juruacara majlis...

Faizal Tahir yang super...man...

Dayang Nurfaizah yang superb...

Hafiz Hamidun yang kecil molek...

Datin Seri Nooriah Anna Razak (isteri Menteri WP), Dato' Adillah & Puan Fee tak ketinggalan menyanyi lagu Hari Raya bersama-sama...

Eh... kak Prema pun ada...


Dah habis keje, boleh ler bergambar sakan lagik...

Pada 13 September 2008, KLfm sekali lagi bekerjasama dengan Saloma Theatre Restaurant untuk tahun ini mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim dan rakaman Senandung Lebaran d'KLfm yang akan disiarkan pada Hari Raya pertama jam 2.30 petang. Tahniah untuk warga kerja KLfm terutama puan penerbit, Julia dan penolong penerbit @enraen yang bertungkus lumus menjayakan program ini...

Inilah dia DJ baru - Nialicious.. Tahi lalat, ala2 Dato Siti Nurhaliza zaman anak dara... hehehe..

Ha, Posing... Posing... Jangan tak posing... Sampai senget2 badan tu nak bagi tak terkeluar dari lensa kamera...

Warga kerja KLfm di meja pendaftaran...

Bergambar dengan Nazirah berlatar belakangkan Hj. Daud Abdullah, Hezry (nampak pipi je) dan MK...

Pada 9 September 2008, warga kerja KLfm dengan kerjasama Hotel The Legend Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Sayang Disayang bersama warga Emas dan Anak2 Yatim. Antara artis-artis yang membuat persembahan pada malam tersebut ialah Mr. Os dan Shikin (Dangdut)...

Joran Merdekaria Sahabat KLfm

Ni lah orang2 kuat Joran Merdekaria Sahabat KLfm 2008 - dari kiri; DJ Dave Pokok Tumbang, Abg Kajang Berlipat dan Kak Sal Bangi. Dengar kabo, lepas program, Kak Sal tumbang...demam dia... Sian.... :-)

Yea...yea... dapat hadiah... TQ Abg Kajang Berlipat & Kerabatnya...

Ehm... Lama dah rasanya nak betul2 duduk depan komputer ni dan update blog ni betul2. Hari ni, baru la dapat luangkan sikit waktu untuk update blog saya nih. Kalau berita dah basi ni. Apapun, program Joran Merdekaria Sahabat KLfm 2008 ni telah pun diadakan dengan jayanya pada 16 Ogos 2008 di Tasik UPM Serdang. Program anjuran bersama Kerabat Sahabat Kajang Berlipat dan KLfm ni berjalan seperti yang telah dirancangkan sebulan lamanya... Tahniah kepada bro KB, KSB & Real Bond atas penganjuran program ni. Insya Allah, bertemu lagi pada tahun hadapan... Walla....

Tuesday, September 23, 2008

Sebatang Gigi Bawah Afiq


Nampak tak gigi bawah Afiq dah tumbuh? Nak amik gambar dekat2 tak boleh, Afiq nak kacau jek... :-)

Wednesday, September 17, 2008

Afiq yang Ceria...

Friday, September 5, 2008

Juara Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah, adik Siti Amirah Dayana dari Negeri Sembilan.

Rupanya adik Shafeiq dari Selangor ni pandai plak men'gena'kan MK semula... Pandai gak buat lawak pengawas sekolah ni. Dia kata, dia jaga tangga sekolah... Ye ke? Ehm...

Kiut kan adik Hazim ni? Masa sound check, dia yg paling ligat skali. Lari sana, lari sini... Bila dah tiba kena nyanyi betul2 dia dah keletihan... Kat belakang pentas, muka dia yg paling lepak skali... Apapun, bila tang menyanyi, memang comel.... Walla...

Adik Shahirah ni memang menang gaya dengan kasut boot Rm4 nyer (kata dia la bila ditanya oleh MK)... Lurus betul ye...


Segugup2 Isma Danial ni, dapat jugak bawak balik RM400 sebagai naib juara... Nilah peserta harapan dari KL. Kat belakang stage, pucat je muka dia. Bila tanya kenapa, "Ya Allah kak, nervousnyer saya!!!".... Steady la dik... Tak sia2 nervous tu... Dapat gak no 2 kan???

Yang ni adik Syazrin dari Negeri Sembilan yang menggondol tempat ke3. Sore dia sebijik macam Dayang Nurfaizah dengan lagu Erti Hidup tu...

Persembahan Roslan Shah petang tu memang menghiburkan.. Tak pe bro, next time boleh panggil lagi...

Pasangan pengantin baru amik "berkat" buat persembahan dengan adik2 bintang kecil ni... TQ Rosma & Khai...

Inilah wajah2 ceria pemenang...


Terima kasih warga kerja KLfm yang sama2 membantu kelancaran program Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah. Insya Allah, kalu puan penerbit ada rezeki lebih, boleh ler belanja Pizza Hut... Amin... :-)

Pertandingan Bintang Kecil 2008 Peringkat Zon Tengah telah diadakan pada 23 Ogos 2008 di Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor... Jamu lah mata anda dengan gambar2 di atas... Walla...

;;