Wednesday, June 25, 2008

Futsal

DJ2 KLfm bergambar dengan orang2 penting dalam Seniman - En. M. Borhan, Tan Sri Senator Jins Samsudin, Dato' M. Daud dan Dato' Mustafa Maarof..

Ni lah team futsal wanita KLfm yang menang gaya tu. Dari kiri - Nash, Aen, Mimi, Nini, Mona dan duduk di bawah Nadia & Rina... Aik, macam mana Paparay boleh terselit tu???? Ehm....

Sebelum balik, sempat lagi berposing sakan...

Pada 22 Jun yang lalu, sempena Fiesta Sukan Seniman 2008, team KLfm menghantar 2 pasukan futsal lelaki & wanita untuk sama2 bertanding merebut hadiah2 yang ditawarkan... Bermain dalam kumpulan A, team futsal wanita KLfm bermain 5 game yang menyaksikan team futsal wanita KLfm menang sekali, seri 2 kali & kalah 2 kali... Walaupun team kami gagal melayakkan diri ke separuh akhir, kami tetap menang gaya... Tengok la jersi kami... MU + Liverpool tuuuuu....

Monday, June 23, 2008

Bola Jaring

Sementara Kak Zah buat lintas langsung dari tempat kejadian, dua mangsa, iaitu saya & DJ Nini telah ditangkap gambarnya oleh sang jurufoto, iaitu DJ Nini sendirik...

Muka2 kelaparan. Selain kami mak dara berdua, Nadia (Unit Drama TV) pun tak ketinggalan serbu makanan yang disediakan...

Kak Zah dah buat laporan, kita tangkap gambar lagik... Asyik kena tangkap jek. Nasib baik tak masuk lokap... hehe




Ni lah team Bola Jaring RTM. Depan dari kiri - Kak Ina, Nana, Mimi, K-On, Ema & Sarah. Belakang dari kiri - Kak Nab, Nini & Kak Mai. Takde dalam gambar - Kak Zah... Dia bukan jadik jurufoto, dia jadik jurulintas langsung...;-)


Hola... Wah... Sepanjang minggu ni, takde rehat langsung. Dari Ahad sampai ke Ahad, kalau tak konti, ofis, kalau tak dua-dua, mengebowl kat mana2 bowling arcade, kalau tak pun, turun ke netball a.k.a futsal court kat bawah tu... Ni semua gara2 Fiesta Sukan Seniman sempena Hari Seniman Kebangsaan yang disambut pada 29 Mei yang lalu....

Pada hari Sabtu, 21 Jun yang lalu, team RTM telah menghantar pasukan bola jaring ke Pertandingan Bola Jaring yang telah diadakan di Gelanggang Bola Jaring Hospital Kuala Lumpur... ha, kalau dekat dengan hospital tu, apatah lagi berhadapan Wad Bersalin, senang la nak mengusung kakak2, adik2 atau makcik2 yang terlantar kat tengah court tu.

RTM bermain dalam kumpulan D, bersama2 team dari Filem Negara dan WHAM (Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia). Walaupun menang 11-0 menentang team Filem Negara, RTM tidak dapat meneruskan perjuangan ke Semi Final kerana kalah kepada WHAM 3-6... Apapun, RTM tetap unggul dengan gayanya... Menang gaya, ok la tuh!!!

Tuesday, June 17, 2008

Bowling Ria Sahabat KLfm

Afiq pun nak bergambar gak dengan DJ baru Nini, DJ MK dan DJ Julia...


Pada 15 Jun 2008, sempena hari bapa, kerabat Sukan & Rekreasi sahabat KLfm telah menganjurkan pertandingan Bowling Ria Sahabat di U-Bowl, One Utama bermula jam 10 pagi. Alang2 sambut hari bapa tu, saya bawa sekali Afiq dan abah Afiq untuk sama2 sokong kawan2 yang bertanding untuk bowling tu. Mula2 memang nama tersenarai untuk main bowling tapi last minute saya terpaksa tarik diri sebab babysitter mintak cuti nak pegi jemputan kahwin. Saya ni pulak, bila dah bawak Afiq ke arena bowling ni memang langsung tak boleh nak consentrate main bowling. Sebab tu bila saya lawan abang main bowling, tak pernahnya menang, unless kalau Afiq dihantar ke rumah Kak Ita, sure abang saya kalah sekalah kalahnya...wah... riaknya...hehehe... Apapun, tahniah untuk DJ Aen yang menang top 10 Bowling Ria Sahabat KLfm yang lalu... Yang lain tu, menang sorak jek... Lane dorang ler yang paling lambat nak habis pasal asyik berposing je tak habis2....

Terima kasih juga buat Timbalan Pengarah Penyiaran, Dato Adilah Shek Omar (yang pakai tudung putih baju biru tu) kerana sudi datang memberi sokongan kepada team DJ2 KLfm... Kepada abang Samad Kinto, rajin2 ler organize lagi. DJ2 KLfm skarang tengah mabuk main bowling...er... kengkawans, bila nak menge"bowl" kat Mid Valley nih??? ;-)

Friday, June 13, 2008

Abah...


Abah serah tugas kepada Ustaz Din untuk upacara akad nikah... Tak konfiden nak buat sendiri, katanya... Takut sebak pulak...heheh


Abah merestui tapi tak sanggup nak tatap wajah anak kesayangannya nih... Relax la bah, akak ada lagi... heheh



Ni gambar2 sewaktu bercuti di Langkawi bulan Februari yang lalu... Syok Afiq duduk di pangkuan Tok "Y"nyer.... Sampai terlena kawan tu...




Abang, selamat hari bapa jugak...

Sama tak...??


Abah,
Masih teringat saat aku kesakitan dalam kegelapan malam
Masih terlihat kelibat bayangmu saat kau lekapkan tuala basah ke dahiku
Masih terasa minyak angin saat kau sapukan ke tekak dan kepalaku
Tidak pernah sesaat pun kau leka waktu itu
Tak lena tidurku, maka tak nyenyak juga lenamu

Abah,
Masih terbayang wajahmu saat si suami langsai melafazkan akad
Masih terlihat rupamu tunduk saat kau menepung tawar
Walau tidak terluah apa yang tersirat
Sebagai anak sulung yang lebih mengenalimu
Tergambar segala yang tersurat jauh di lubuk hatimu
Terasa berat melepaskan aku kepada orang lain

Abah,
Gelaran sama dipilih si suami
Lebih menguatkan ingatanku padamu
Pernah terdetik mencari suami serupa denganmu
Tapi tak mungkin...
Kau tak pernah sama dengan yang lain
Kau satu dalam sejuta

Abah,
Aku bersyukur...
Kerana aku lahir berbintikan namamu
Kerana aku lahir dari zuriatmu
Moga aku berupaya mendidik anak2ku
Sebaik engkau mendidik anak2mu

Mohd Yusof Hj Munawar... Akak Saaayang Abah...
Md. Nazarrudin Abu Zamil... Ayang Saaayang Abang...

SELAMAT HARI BAPA 2008

video

Credit to DJ Julia as a producer

Thursday, June 12, 2008

Progress...

Afiq berusia 5 bulan dalam perut lagi...

Afiq 1 hari...

Afiq 1 bulan...
Afiq 2 bulan...

Afiq 3 bulan...

Afiq 4 bulan...

Afiq 5 bulan...

Afiq 6 bulan...

Hola... Mimie Walla kembali lagi... Semalam, tengok2 folder gambar2 Afiq, timbul idea nak satukan gambar2 perkembangan Afiq dari dalam perut sampai sekarang. Bila dah dekat2kan gambar macam ni, dapat la saya lihat perubahan rupa Afiq dari bulan ke bulan... Bila dia dah besar nanti, dia boleh tengok sendiri gambar2 dia dari zaman kecil. Tak macam zaman kita dulu2, gambar2 zaman kecil semua dah berubah warna... Dah jadi kekuning2an... Ada gambar yang rupa pun dah tak nampak lagi... Inilah kecanggihan zaman sekarang. Bila zaman Afiq dah besar nanti, tak tau pulak teknologi apa yang akan keluar... Masa tu, saya dah macam mak saya sekarang, nak bukak TV pun tak reti sebab dah macam2 remote yang nak ditekan... Nak hantar MMs tu terkial2 apatah lagi bila tiba2 ada video call.... Dah boleh tengok muka dalam telepon... Huihhhh...

Wednesday, June 4, 2008

Mari Bercerita Bersama Afiq

video

Tuesday, June 3, 2008

Riadah bersama Afiq...

Mana satu nak pilih ni... Banyaknyer gantung2... ish ish ish...

Sementara nak memilih2 tu, kita posing dulu...

Eh, ada bola rupanya sebelah Afiq ni...

Oh, ada bunyi rupanyer...

Wah, tiarap lagi banyak mainan nih...

;;